Lima penunggang ‘Superbike’ parah kemalangan di Lebuh Raya Karak. Aliran trafik Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah ibu negara, kini perlahan lebih lapan kilometer ekoran berlaku kemalangan membabitkan lima motosikal berkuasa tinggi di Kilometer (KM) 26.5, sebentar tadi.
Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi, berkata laporan awal yang diterima pihaknya mengatakan kemalangan berlaku kira-kira jam 1.45 tengah hari yang menyebabkan lorong laju di lebuh raya terhalang.
“Setakat jam 2.30 petang tadi, lorong laju masih ditutup. Trafik kini agak perlahan sepanjang 8.5 kilometer dari KM35 (Genting Sempah-Gombak hingga ke lokasi kemalangan.
“Justeru kita minta semua pengguna lebuh raya supaya bersabar dan berhati-hati ketika memandu selain mematuhi arahan petugas di tempat kejadian,”
katanya
Lima superbike kemalangan di Lebuhraya KL-Karak tadi. Kawan-kawan kata tiada yg meninggal dunia. Guys, hati hati ya. Highway KL-Karak bukan mcm zaman 90-an, kosong. Situ dah terlalu sibuk.
Semoga dipermudahkan urusan mangsa-mangsa.
Video dari group Whatsapp. pic.twitter.com/kVqdcBg9PO
— Hezeri Samsuri (@HezeriSamsuri) December 27, 2022
Terdahulu tular beberapa gambar dan rakaman video membabitkan kemalangan itu di media sosial.
Difahamkan, kejadian itu tidak membabitkan kehilangan nyawa namun kelima-lima penunggang motosikal terbabit dilaporkan mengalami kecederaan parah.
Bagaimanapun pihak media sedang menunggu maklumat lanjut daripada pihak polis berkaitan kemalangan itu.
Aliran trafik Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah ibu negara perlahan susulan kemalangan 5 motosikal berkuasa tinggi di KM 26.5 tengah hari tadi.
Difahamkan, kejadian tidak membabitkan kehilangan nyawa namun 5 penunggang motosikal cedera.
VIDEO : Orang awam pic.twitter.com/arvrE63fPh
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) December 27, 2022