Lima Adun Umno Sabah umum keluar parti

Lima Adun Umno Sabah umum keluar parti

Lima Adun Umno Sabah umum keluar parti. Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Sabah, hari ini mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Mereka ialah Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin), Datuk Jasnih Daya ( Pantai Dalit), Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk), Datuk James Ratib (Sugut) dan Datuk Hamid Awang (Balung).

Kecuali Hamid, Adun Umno terbabit sebelum ini membelakangkan keputusan parti menarik sokongan kepada Ketua Menteri dan kerajaan negeri yang diumumkan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, bulan lalu.

Lima Adun Umno Sabah umum keluar parti

Turut keluar Umno dan menyertai Gagasan Rakyat ialah bekas Adun Kemabong, Jamawi Jaafar dan beberapa pemimpin bahagian termasuk Timbalan Ketua Bahagian Umno Semporna, Aziz Ibnu.

Sidang media khas yang dipengerusikan Dr Yusof di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, petang ini, turut dihadiri tiga Adun Parti Warisan (Warisan) yang mengumumkan keluar parti pada awal bulan ini.

Mereka ialah Norazlinah Arif (Kunak), Chong Chen Bin (Tanjung Kapor) dan Mohammad Mohamarin (Banggi) dengan ketiga-tiga mereka turut mengumumkan keputusan menyertai Gagasan Rakyat.

Beberapa pemimpin bahagian Warisan termasuk dari Wilayah Persekutuan Labuan turut mengambil keputusan yang sama.

Sementara itu, Dr Yusof berkata keputusan itu dibuat selepas beliau bersama semua rakan pemimpin lain memikirkan semasak-masaknya hala tuju politik mereka di Sabah.

Katanya, keputusan itu berdasarkan prinsip mentaati dan mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong mengenai perlunya kestabilan politik dalam negara dan setiap negeri.

Beliau berkata, mereka turut memahami mengenai perlunya kerajaan negeri yang kuat dan stabil serta bersatu padu untuk mencapai pembangunan serta kemajuan Sabah.

Baca lagi:
Gempa bumi Turkiye: Mimpi ibu anak masih hidup menjadi kenyataan
Anak, bapa jumpa peti besi berisi wang tunai hampir RM8,000 dalam tasik
Satu lagi gempa bumi kuat melanda sempadan Turkiye-Syria, ratusan cedera!
CATEGORIES