Letak harta atas nama ibu, bekas isteri Hakimi gigit jari

Photo of author

By Syima Iza

Letak harta atas nama ibu, bekas isteri Hakimi gigit jari. Bekas isteri pemain bola sepak Maghribi, Achraf Hakimi, Hiba Abouk gagal memperoleh separuh daripada kekayaannya selepas Hakimi dilaporkan tidak mempunyai apa-apa harta atas namanya, lapor akhbar Sepanyol, Marca.

Menurut laporan itu, Hiba meminta separuh daripada harta dan kekayaan Hakimi ketika memfailkan cerai, namun dia dimaklumkan Hakimi tidak mempunyai apa-apa harta atas namanya dan semua aset yang dimilikinya adalah atas nama ibunya.

Laporan itu menambah bahawa ibunya adalah penerima gajinya.

Letak harta atas nama ibu, bekas isteri Hakimi gigit jari

Menurut laporan oleh Morocco World News, Jun lalu, pemain Paris Saint-Germain (PSG) itu adalah pemain bola sepak Afrika yang keenam menerima gaji tertinggi iaitu lebih daripada AS$215,000 (RM1.1 juta) seminggu.

Hakimi menghadapi pertuduhan merogol selepas seorang wanita berusia 24 tahun melakukan dakwaan itu pada Februari lalu.

Polis membuka siasatan berhubung kes itu walaupun mangsa dikatakan memberitahu pihak berkuasa bahawa dia hanya mahu ‘membuat kenyataan dirogol’ tanpa mengemukakan aduan rasmi.

Bulan lalu, Hiba buat kali pertama bersuara berhubung dakwaan rogol terhadap Hakimi apabila berkata dia akan sentiasa berada di sisi mangsa.

Dia juga memutuskan untuk berpisah dengan Hakimi sebelum suaminya itu berdepan dakwaan merogol, tetapi tidak menjelaskan sebab di sebalik perpisahan itu.

Hiba, dikenali Hakimi pada 2018 ketika dia beraksi untuk Dortmund di Jerman, berusia 12 tahun lebih tua daripadanya.

Baca Lagi:
Nurul Izzah kongsi tips kepada Nad Zainal hadapi kecaman netizen
Suami baling kepak ayam ke arah isteri setelah berang dituduh curang
Nak internet laju berdesup?, ini 5 taktik paling berkesan tanpa keluarkan duit lajukan internet telefon