Letak ais belakang leher selama 10 minit boleh hilang sakit kepala, macam tak percaya betul jadi!

Letak ais belakang leher selama 10 minit boleh hilang sakit kepala, macam tak percaya betul jadi!

Sakit kepala, leher, dan belakang bahu adalah sesuatu yang biasa dialami oleh kebanyakan individu. Biasanya, ini berlaku disebabkan oleh posisi tidur yang salah semasa tidur pada waktu malam.

Terdapat pelbagai cara yang biasa digunakan untuk melegakan sakit otot di kawasan ini. Namun, siapa sangka terdapat satu kaedah yang mudah dan berkesan iaitu dengan menggunakan ketulan ais.

Menerusi media sosial Norazri Medzlan, cara untuk melakukannya adalah dengan meletakkan ais batu pada tengkuk selama kira-kira 10 minit, dan cara ini adalah tip dari zaman nenek moyang dahulu.

Letak ais belakang leher selama 10 minit boleh hilang sakit kepala, macam tak percaya betul jadi!

“Tips dari zaman nenek moyang.

“Sudah cuba dua kali, pertama kali sakit tengkuk kerana salah bantal, hari ini sakit kepala kerana migrain.

“Letak ais batu selama 10 minit di tengah-tengah tengkuk, terus hilang sakit kepala ini. Rasanya seperti tidak percaya.

“Sebelum ini hanya membaca perkongsian orang, hari ini saya sendiri mencuba. Betul-betul hilang sakit kepala,” tulisnya yang dikongsikan semula oleh pengguna Twitter.

Kaedah ini menarik perhatian ramai warganet yang pernah mencuba cara tersebut. Rata-rata mereka bersetuju bahawa cara tersebut berkesan untuk meredakan migrain dan juga sakit pada tengkuk.

Selain itu, terdapat beberapa pengguna yang turut berkongsi teknik lain untuk merawat kesakitan seperti ini.

“Saya pernah mandi dengan ais ketika badan lemah tanpa tenaga, dicampur dengan perahan limau nipis. Rasanya sungguh menyegarkan selepas itu.”

“Salah satu cara lain ialah merendam kaki dengan air suam,” ujar beberapa pengguna.

Walau bagaimanapun, jika anda masih mengalami kesakitan yang teruk dan berterusan pada kepala, leher, dan belakang badan, disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan dan nasihat daripada doktor di hospital atau klinik berdekatan.

Baca Juga:
Sami Buddha hina penduduk Islam dipenjara 4 tahun
5 tahun jadi ‘biawak hidup’ ditanggung Adira Suhaimi, ramai simpati dengar kisah hidup Datuk Red
Buat pertama kali Arab Saudi hantar peserta ratu cantik Miss Universe
CATEGORIES