Lembaga mata bercahaya tenung kamera dalam hutan jadi tanda tanya

Photo of author

By Syima Iza

Sebuah kamera mod malam yang dipasang untuk mengintip pergerakan hidupan liar di hutan secara tidak sengaja merakam gambar lembaga misteri dengan mata bercahaya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kamera tersebut dipasang di tengah hutan untuk mengesan laluan rusa, namun gambar makhluk sedang merenung ke arah kamera dan berdiri dalam keadaan seperti membongkok itu menjadi perhatian ramai.

“Kamera ini dipasang di hutan dan berfungsi untuk merakam gambar apabila ia (kamera) mengesan pergerakan. Tujuan utamanya adalah merakam gambar rusa dan hidupan liar lain.

Lembaga mata bercahaya tenung kamera dalam hutan jadi tanda tanya

“Tiada sesiapa yang berada di situ pada waktu berkenaan dan ia perlu bergerak untuk mematikan kamera,” ujar keterangan dalam hantaran gambar tersebut.

Hantaran itu dimuat naik di kumpulan sembang Facebook, Ghosts of London, manakala ramai pengguna media sosial cuba meneka makhluk tersebut.

Ramai yang berpendapat ia adalah sejenis makhluk ghaib yang dikenali sebagai ‘elemental’ oleh penduduk tempatan.

Beberapa pengguna lain meneka bahawa makhluk itu berkemungkinan adalah ‘wendigo’, iaitu makhluk yang boleh berubah bentuk serta meniru suara manusia yang pernah bertemu dengannya.

Baca Juga:
Wanita Sepanyol dakwa titis air kencing di mata boleh pulihkan rabun
Perkahwinan mewah anak saudagar emas RM140 juta, pengantin perempuan pakai 100 utas gelang emas
Santan boleh simpan di luar peti sejuk dengan guna cara ini, boleh tahan sampai 3 hari