Lelaki warga asing cabul budak perempuan 2 tahun di medan selera

Lelaki warga asing cabul budak perempuan 2 tahun di medan selera

Seorang lelaki warga asing ditahan selepas dipercayai melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di sebuah medan selera di Pandan Indah pada 20 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ibu mangsa pada 20 Mei lalu.

“Menurut pengadu yang juga warga tempatan, beliau memaklumkan anaknya itu sedang bermain di kawasan sekitar medan selera berkenaan kira-kira jam 5 petang, hari kejadian.

Lelaki warga asing cabul budak perempuan 2 tahun di medan selera

“Seorang lelaki dikatakan ada berbuat sesuatu terhadap mangsa sehingga kanak-kanak berkenaan merasakan sakit di bahagian kemaluan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Azam berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pegawai perubatan mengesahkan terdapat kemerahan pada bahagian luar kemaluan mangsa.

“Susulan itu, kami membuat tangkapan terhadap seorang lelaki warga asing berusia 34 tahun di Pandan Indah yang bekerja sebagai tukang masak di medan selera berkenaan pada Khamis lalu.

“Hasil ujian awal air kencing yang dilakukan terhadap suspek didapati negatif dadah dan semakan mendapati lelaki berkenaan tiada rekod jenayah,” katanya.

Katanya, suspek direman selama lima hari bermula Jumaat lalu hingga 28 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Baca Juga:
Apa dah jadi dengan bola sepak Malaysia?, kali ni penyokong JDT pula yang kena
Selepas aksi langkah kubur dikecam teruk, Kek Nan tampil beri penjelasan
Murid darjah 5 masuk hospital akibat didenda berjemur lebih 2 jam ditengah padang
CATEGORIES