Lelaki umur 20 tahun raih pendapatan RM7,000 sebulan hasil kerja di ladang sawit

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki umur 20 tahun raih pendapatan RM7,000 sebulan hasil kerja di ladang sawit.

Di tengah era di mana ramai berlumba-lumba memilih pekerjaan bergaji atau menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, Muhammad Hazim Mohd. Akhir, seorang anak muda berusia 20 tahun dari Kampung Haji Dahalan, mengambil langkah berbeza.

Menurut laporan KOSMO!, dengan semangat dan usaha gigih, Hazim berjaya meraih pendapatan lumayan sehingga RM7,000 sebulan hasil kerja di ladang sawit keluarganya.

Lelaki umur 20 tahun raih pendapatan RM7,000 sebulan hasil kerja di ladang sawit

Hazim, seorang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mula membantu bapanya di ladang sawit sejak usia 12 tahun. Beliau menyaksikan sendiri usaha keras bapanya yang bekerja dari subuh hingga petang.

Walaupun ada pandangan negatif terhadap sektor pertanian kerana dianggap kotor, sukar, dan bahaya, Hazim membuktikan bahawa perancangan teliti mampu mengatasi segala cabaran.

Ladang sawit seluas 16 hektar yang diusahakannya kini menjadi sumber pendapatan utamanya. Beliau juga menambah hasil dengan menyewa tanah tambahan untuk mengembangkan ladangnya.

Bapanya, yang berperanan sebagai mentor, memantau setiap aspek pengurusan ladang termasuk meracun, membaja, mengait buah, dan menghantar hasil sawit ke kilang.

Dibantu oleh dua pekerja, Hazim memastikan kawalan perosak dan kesuburan tanaman sentiasa berada dalam keadaan baik. Harga sawit yang mencecah RM890 hingga RM950 per tan turut menjadi faktor utama kestabilan pendapatannya.

Selain itu, Hazim mengusahakan tanaman anak pokok sawit sebagai persediaan untuk proses penanaman semula apabila pokok-pokok sedia ada mencapai usia ekonomik.

Berbanding anak muda lain yang lebih cenderung membeli kereta mewah atau gajet terkini, Hazim memilih pendekatan berbeza.

Sebahagian besar pendapatannya disimpan untuk membeli tanah baharu bagi memperluas ladang sawitnya.

“Bagi saya, biarlah duit itu digunakan untuk menambah aset seperti tanah dan rumah. Saya mahu memiliki kediaman sendiri sebelum mendirikan rumah tangga,” katanya dengan penuh azam.

Tidak hanya bergantung kepada hasil ladang sawit, Hazim bijak mempelbagaikan sumber pendapatan.

Beliau kini mengusahakan tanaman buluh, nanas, pisang, serta ternakan ruminan. Pendekatan ini bukan sahaja menjamin pendapatan yang lebih stabil, tetapi juga membuktikan bahawa sektor pertanian mampu menjadi aset bernilai untuk masa depan.

Baca Juga:

3 perkara wajib perlu diperiksa selepas memandu jarak jauh
Petua halau tikus guna kulit telur & lada hitam yang ramai orang tak tahu
Drama ‘Andai Tiada Dia’ meletop, ini komen suami Ummi Nazeera