Lelaki ubahsuai Tesla kepada enjin petrol, boleh pandu sejauh 2,574 km tanpa cas

Lelaki ubahsuai Tesla kepada enjin petrol, boleh pandu sejauh 2,574 km tanpa cas

Seorang pesohor YouTube memutuskan untuk mengubah suai kereta Tesla miliknya dengan memasang enjin petrol, lapor saluran berita Superblondie.com semalam.

Mat Mikka memiliki 1.39 juta pengikut di saluran Youtube yang dikenali sebagai ‘Warped Perceptions’, di mana dia menyiarkan video pengubahsuaian menakjubkan itu.

Dia dikatakan ‘muak’ dan bosan apabila perlu memberhentikan kenderaan dalam setiap perjalanan untuk mengecas Tesla model S miliknya.

Lelaki ubahsuai Tesla kepada enjin petrol, boleh pandu sejauh 2,574 km tanpa cas

Susulan itu, dia memutuskan untuk memasang enjin untuk mengecas bateri keretanya semasa memandu dan bila-bila masa ia berhenti.

Pengubahsuaian itu termasuk memasang satu enjin satu silinder berkapasiti 400cc, enjin injap atas dan enjin petrol di belakang kereta.

Untuk mengujinya, dia memulakan perjalanan sejauh 2,574.95 kilometer tanpa menyentuh pengecas.

Bagaimanapun, dia menyedari bahawa ia menggunakan jumlah minyak petrol yang luar biasa dalam perjalanan beberapa kilometer sahaja.

Lebih mengejutkan apabila minyak petrol itu tersembur keluar dalam kelajuan tertentu.

Antara isu lain yang dihadapinya adalah bunyi enjin yang sangat kuat sehingga menyebabkan beberapa penduduk di setiap perhentian melaporkan kepada polis.

Mikka menyelesaikan perjalanannya tetapi jauh lebih lambat daripada yang diharapkan.

Namun, perkara yang mengagumkan adalah enjin tersebut berjalan selama tujuh hari tanpa henti.

Baca Juga:
“Tak pedas ke?” – Lelaki makan bihun sup letak semangkuk sambal, cili potong buat ramai terkejut
Penjual dadih tiup seruling mendayu-dayu buat orang ramai hiba
Tular pengantin pasang iklan gergasi supaya tetamu tak sesat raih perhatian ramai
CATEGORIES