Lelaki tikam isteri di dada maut jatuh tingkat 17 kondominium

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki tikam isteri di dada maut jatuh tingkat 17 kondominium.

Seorang lelaki warga Indonesia maut dipercayai terjatuh dari tingkat 17 sebuah kondominium di Setapak selepas menikam isterinya dalam satu kejadian pagi tadi.

Ketua Polis Wangsa Maju Ashari Abu Samah berkata, pasangan berkenaan dipercayai bertengkar ia sebelum berakhir dengan tragedi itu yang berlaku kira-kira jam 11.15 pagi.

Lelaki tikam isteri di dada maut jatuh tingkat 17 kondominium“Siasatan mendapati pertengkaran pada mulanya berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dan isterinya.

“Suspek kemudian bertindak menikam isterinya di bahagian dada dan lari ke arah balkoni sebelum dipercayai terjatuh dari tingkat 17 kondominium berkenaan,” katanya menurut Sinar Harian.

Ashari berkata suspek yang berumur 44 tahun itu kemudian ditemui maut berhampiran kolam renang di tingkat bawah.

Katanya, isteri suspek berumur 37 tahun dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut akibat cedera ditikam.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya.

Baca juga:
Mayat wanita 26 tahun ditemui dalam kereta dengan kesan tikaman bertubi-tubi pada tubuh
Malaysia melakar sejarah muncul negara pertama lakukan ujian klinikal ke atas manusia
Dua pemuda ubah sofa jadi ‘Kereta Sofa’ tarik perhatian taikun automobil terkenal