Lelaki tidur atas buaian ditemui mati dipanah petir

Photo of author

By Syima Iza

Seorang pemandu kren ditemui mati dipercayai akibat dipanah petir dalam kejadian di pondok rehat berhadapan rumahnya di Kampung Baru Pulau Tiga, Sungai Layar di sini, semalam.

Mangsa, Mohammad Shahrim Sheh Ali, 31, ditemui tidak sedarkan diri oleh isterinya kira-kira pukul 10 malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada pukul 9.45 malam semasa hujan lebat dan petir.

Lelaki tidur atas buaian ditemui mati dipanah petir

Katanya, ketika kejadian mangsa tidur seorang diri di atas buaian sebelum isterinya yang berusia 31 tahun bersama abang dan seorang rakan mangsa datang untuk mengejutkannya.

“Bagaimanapun, mangsa didapati tidak sedarkan diri dan terus dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan sebelum pihak hospital mengesahkan mangsa telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, tiada sebarang unsur jenayah terhadap mangsa dalam kejadian itu dan mangsa juga tidak mempunyai sebarang penyakit kronik.

“Siasatan di tempat kejadian juga menemukan kesan terbakar pada bahagian kayu yang menggantung buaian dan wayar elektrik telah terputus.

“Hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan terbakar pada mangsa berpunca daripada panahan petir dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sumber

Baca Juga:
Makcik tegur gadis jual nasi lemak RM3 mahal, lagi mahu ‘diskaun’ RM1 dikecam netizen
Kecoh dikatakan hilang, rupanya pasangan tular bawa bayi ‘bertiub’ sibuk urus percepat proses nikah
Latihan skuad Harimau Malaya dikawal ketat oleh polis