Lelaki teruk kena belasah ditangkap berdua-duaan dengan isteri orang

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki teruk kena belasah ditangkap berdua-duaan dengan isteri orang. Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang lelaki dibelasah kerana berdua-duaan dengan isteri orang, lapor laman berita Detik hari ini.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @andreli_48. Kejadian dikatakan berlaku di Pati, Jawa Tengah.

Berdasarkan rakaman, beberapa lelaki menyerbu sebuah rumah yang gelap dan membelasah seorang lelaki.

Lelaki teruk kena belasah ditangkap berdua-duaan dengan isteri orang

Selepas dihalang beberapa penduduk yang lebih tua, mangsa yang dipukul disuruh duduk di tepi seorang wanita.

Lelaki itu dipukul oleh penduduk di Trangkil, daerah Pati selepas ditangkap menjalinkan hubungan sulit dengan isteri orang.

“Ditangkap oleh si suami yang sah, seorang lelaki yang berada di rumah isterinya dipukul oleh rakan-rakan suami. Video itu dirakam di kawasan Pati,” demikian kapsyen video tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Andre Li (@andreli_48)

Baca Lagi:
Gagal hadir lebih 6 bulan, kerusi DUN Batang Kali diisytihar kosong
Nenek obses warna hijau lebih 20 tahun
Pesan minuman gelas besar, dapat gelas kecil – Pelanggan tembak pekerja restoran