Lelaki tertinggi bertemu wanita kenit dunia!

Photo of author

By Syima Iza

Orang paling tinggi dan pendek di dunia bertemu semula selepas mereka pertama kali ditemukan untuk sebuah penggambaran di Mesir, enam tahun lalu, lapor portal Independent.

Mereka bergambar bersama ketika bersarapan di California, Amerika Syarikat (AS) sebelum memuat naik foto itu sebagai meraikan pertemuan berkenaan.

Sultan Kosen, 41, dari Turkiye, memiliki ketinggian kira-kira 248 sentimeter (sm) boleh dilihat menjulang Jyoti Amge, 30, dari India. Wanita itu hanya berketinggian 62 sm.

Lelaki tertinggi bertemu wanita kenit dunia!

Kedua-duanya adalah pemegang Rekod Dunia Guinness (GWR) kerana ketinggian luar biasa itu.

Dalam satu gambar, Amge hanya lebih tinggi sedikit daripada kasut Kosen, apabila dia berdiri di sebelah kasut lelaki itu.

Di tempat lain, tinggi wanita itu dilihat hampir tidak mencapai bahu Kosen walaupun lelaki itu duduk, dan wanita itu berdiri di atas kerusi berhampirannya.

Gambar-gambar pertemuan mereka yang diterbitkan agensi berita itu tidak menyatakan dengan jelas siapa yang menganjurkan lawatan mereka ke AS.

Media melaporkan bahawa pasangan itu pergi ke Los Angeles atas jemputan penerbit Amerika yang tidak dinamakan, yang juga merancang untuk merakam pertemuan mereka.

@lensartvMomen menarik diunggah perempuan terpendek dunia (63 cm) Jyoti Amge. Dirinya mengunggah pertemuannya dengan Sultan Kosen (2,51 meter), pemegang rekor pria tertinggi dunia. Pertemuan itu terjadi di California, Amerika Serikat, Senin (19/2). Sebelumnya mereka sempat bertemu 6 tahun lalu di Mesir. Sultan Kosen menderita akromegali yang menyebabkan pertumbuhan yang berlebihan. Sedangkan Jyoti Amge yang juga artis asal India, mengalami achondroplasia atau masalah pada pertumbuhan tulang. #orangtertinggidunia #orangterpendekdunia #JyotiAmge #SultanKosen #rekordunia #worldrecord #unik #viral♬ original sound – Lensa Indonesia RTV

Kedua-duanya kali terakhir bertemu pada 2018 apabila mereka melawat Mesir, bergambar di sebelah piramid Great Sphinx of Giza. Sphinx juga memegang rekod dunia secara rasmi sebagai arca monolitik terbesar di dunia.

Kosen secara rasmi menjadi lelaki tertinggi di dunia yang masih hidup, pada tahun 2009. Pada masa itu, dia adalah lelaki pertama yang masih hidup dengan ketinggian lebih 2.4 sm dalam tempoh 20 tahun.

Dia juga memegang rekod untuk tangan terbesar di dunia. Saiz itu adalah hasil daripada keadaan perubatan yang dipanggil pituitary gigantism yang menyebabkan tulang dan bahagian badannya berkembang pada kadar yang lebih cepat berbanding kebanyakan orang.

Sementara itu, Amge menerima gelaran wanita terpendek di dunia pada 2011 selepas sebelum ini memegang rekod sebagai remaja terpendek di dunia. Keadaan wanita itu kerana achondroplasia.

Baca Juga:
Nombor plat GOLD 1 jadi milik Sultan Ibrahim, bidaan tertinggi RM1.5 juta
Tunku dapur hitam berkerak? Hanya cuci guna 2 bahan ini saja pasti berkilat macam baru beli
Dapat ‘payudara’ gara-gara nak jadi sado