Lelaki terserempak lembaga mirip kuntilanak semasa mendaki Gunung Salak

Lelaki terserempak lembaga mirip kuntilanak semasa mendaki Gunung Salak

Lelaki terserempak lembaga mirip kuntilanak semasa mendaki Gunung Salak. Seorang pendaki yang sedang melakukan pendakian ke puncak Gunung Salak di Jawa Barat terkejut apabila melihat lembaga putih mirip kuntilanak, lapor portal berita taman pendidikan semalam.

Dia melihat lembaga itu walaupun melakukan pendakian pada waktu siang, malah sempat merakamkan imej seram tersebut dari jarak jauh baru-baru ini.

Imej itu dimuat naik di media sosial dan dapat dilihat menerusi akaun Instagram @pendakibansel.

Lelaki terserempak lembaga mirip kuntilanak semasa mendaki Gunung Salak

Ramai netizen terkejut melihat rakaman video pendek yang dimuat naik oleh pendaki tersebut dan ada sebilangan mereka menyatakan gemar mendengar kisah mistik gunung tersebut.

Gunuhg Salak setinggi 2,211 meter merupakan sebuah gunung berapi yang terletak lebih 40 kilometer (km) dari bandar Bogor dan suhu sekitar kawasan itu sejuk.

Menurut portal Oketravel, Gunung Salak dianggap sebagai salah satu tempat yang suci oleh masyarakat setempat dan bagi yang kerap mendakinya, mereka diminta supaya menjaga sikap dan pertuturan.

Baca lagi :
Penumpang panik ‘Power bank’ meletup dalam kabin pesawat cetus kebakaran
Rupanya ada kisah disebalik terciptanya Milo
Wanita ini dakwa dapat ‘lampu hijau’ dari Puteri Sarah jadi isteri ketiga Syamsul
CATEGORIES