‘Lelaki terpaling halalan toyyiba’, dakwa susah cari makanan halal di Sabah, siap dedah gula & garam adalah racun dan sihir

Photo of author

By Syima Iza

‘Lelaki terpaling halalan toyyiba’, dakwa susah cari makanan halal di Sabah, siap dedah gula & garam adalah racun dan sihir.

Tular sebuah video memaparkan seorang lelaki berperwatakkan alim dan memakai serban dakwa sukar cari makanan ‘halalan toyyiban’ di Sabah.

Menerusi satu perkongsian di X, @PiaPinah_MH memuat naik video itu menunjukkan lelaki tersebut menyatakan sukar untuk mencari makanan ‘halalan toyyiban’ terutama di kedai-kedai makan.

'Lelaki terpaling halalan toyyiba', dakwa susah cari makanan halal di Sabah, siap dedah gula & garam adalah racun dan sihir

Menerusi rakaman berdurasi dua minit 20 saat itu, lelaki berkenaan sekali gus menyarankan kepada orang ramai untuk memasak sendiri di rumah sebagai alternatif.

“Sebenarnya nak cari makanan yang ‘halalan toyyiban’ ni bukan mudah tau. Memang sangat susah untuk mencari makanan yang ‘halalan toyyiba’ terutama dekat kedai-kedai.

“Jadi sebab tu, memang saya mengalakkan orang ramai untuk makan di rumah, masak sendiri pun takpe,” katanya.

Tambahnya, kebanyakan pekerja di kedai makan tidak menjaga solat dan tidak menutup aurat menyebabkan makanan yang mereka sediakan tidak ‘halalan toyyiban’.

“Pertama sekali, ramai pekerja yang tak jaga solat dan kebanyakannya juga membuka aurat.

“Selain tu, kebanyakan daripada mereka ini menggunakan produk-produk yang bukan ‘halalan toyyiba’.

“Ataupun ada yang tanda halal tapi bila nak pergi ke arah toyyiba tu, Allahuakbar, mereka menggunakan produk-produk yang dikilangkan daripada kilang bukan muslim,” ujarnya.

Malahan, dia juga memetik nama negeri Sabah sebagai contoh antara negeri yang sukar bagi mencari makanan ‘halalan toyyiban’.

“Aku dekat Sabah ni, uish! Susah tahu tak nak cari makanan, sangat susah. Kalau korang nak pergi makan ke apa kan, memang susah,” katanya.

Lelaki itu turut mendakwa bahan penambah rasa seperti gula putih dan garam halus yang digunakan dalam masakan di Sabah merupakan racun dan sihir.

“Mereka menggunakan gula putih dan garam halus sebab ini adalah racun dan sihir. Sebab apa? Sebab dia menggunakan teknologi.

“Gula putih dan garam halus ini yang membuatkan kita hari ini berpenyakit seperti kanser, kencing manis, darah tinggi dan macam-macam lagi,” dakwanya.

Menjengah ke ruangan komen pada perkongsian @PiaPinah_MH, rata-rata netizen menyatakan rasa kurang setuju berhubung kenyataan lelaki terbabit.

Inilah yang memecah-belahkan masyarakat….

'Lelaki terpaling halalan toyyiba', dakwa susah cari makanan halal di Sabah, siap dedah gula & garam adalah racun dan sihir

Mana tau dorang tak solat?

'Lelaki terpaling halalan toyyiba', dakwa susah cari makanan halal di Sabah, siap dedah gula & garam adalah racun dan sihir

Baca Juga:
Pelakon popular nafi video onani atas katil viral adalah dirinya, serah pada netizen buat penilaian
Sudahlah menyewa percuma selama empat tahun, bil elektrik pula dibiarkan tertunggak sehingga RM21,000
Terbabas dalam longkang besar, wanita berpaut pada Myvi diselamatkan dua lelaki