Lelaki terlibat dalam pergaduhan maut dengan isi perut terburai

Lelaki terlibat dalam pergaduhan maut dengan isi perut terburai

Lelaki terlibat dalam pergaduhan maut dengan isi perut terburai. Seorang lelaki warga Myanmar maut dengan keadaan isi perutnya terburai, dipercayai dibunuh dalam pergaduhan di sebuah rumah pekerja ladang di Sungai Gumut, Kampung Sungai Serian, Kalumpang, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus, berkata punca kejadian dipercayai akibat salah faham ketika meminum minuman keras.

Katanya, mangsa berusia 29 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dalam keadaan tertiarap dengan isi perutnya terkeluar.

Lelaki terlibat dalam pergaduhan maut dengan isi perut terburai

Terdahulu, beliau berkata, polis menerima maklumat berhubung insiden berkenaan pada jam 6.46 petang.

“Pengadu yang juga pekerja ladang memaklumkan berlaku pergaduhan membabitkan dua lelaki warga asing yang mengakibatkan seorang daripadanya cedera parah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bertindak atas maklumat itu, Mohd Asri berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, menahan dua lelaki warga asing dipercayai tinggal bersama mangsa, kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

“Susulan penangkapan itu, seorang lagi lelaki berjaya ditahan di kawasan hutan berhampiran lokasi kejadian kira-kira jam 11 pagi.

“Polis percaya hubungan suspek dengan mangsa adalah adik saudara,” katanya.

Beliau berkata, hasil ujian air kencing ketiga-tiga suspek berusia 28 hingga 33 tahun itu didapati negatif, selain tiada rekod lampau.

Katanya, dua suspek direman selama 14 hari bermula hari ini hingga 23 Mac, manakala seorang lagi suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu untuk permohonan reman.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.

Mohd Asri berkata, dengan tertangkapnya kesemua suspek, polis percaya berjaya menyelesaikan kes itu dalam tempoh kurang 24 jam.

Baca Lagi:
Mahu songlap duit rakan kongsi RM150,000, lelaki pura-pura jadi mangsa samun
‘Ingatkan J.Lo’ – Netizen komen wajah Ziana Zain persis Jennifer Lopez setelah lihat gambar percutian di Belanda
Mana lebih baik mandi air panas atau sejuk? Ikuti perkongsian doktor ini
CATEGORIES