Lelaki terkejut sudu, garpu dikenakan caj RM1 ketika makan di restoran

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki terkejut sudu, garpu dikenakan caj RM1 ketika makan di restoran.

Seorang lelaki terkejut apabila dikenakan bayaran sebanyak 5,000 rupiah (RM1) bagi sudu dan garfu selepas menikmati makanan di sebuah restoran di Indonesia, lapor portal berita Abatanews semalam.

Rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @bapaupauthea menunjukkan resit pembayaran berjumlah 23,000 rupiah (RM6.47).

Lelaki terkejut sudu, garpu dikenakan caj RM1 ketika makan di restoran

Difahamkan, lelaki itu memesan hidangan mi ayam berharga 5,000 rupiah (RM1), bakso campur berharga 3,000 rupiah (RM0.84), serta dua bakso kecil berjumlah 2,000 rupiah (RM0.56).

Namun, dia tidak menyangka bahawa resit itu turut termasuk harga untuk sudu, garfu, bawang goreng, sambal, sos cili, kicap, dan hiasan seperti saderi.

Rakaman tersebut telah mencatatkan lebih 901,000 tontonan dan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

“Kenapa mangkuk tak termasuk sekali?” sindir seorang netizen.

“Tempat duduk belum dimasukkan dalam resit lagi,” sindir netizen lain.

Lelaki terkejut sudu, garpu dikenakan caj RM1 ketika makan di restoran

Baca Lagi:
Tular rakaman kepala lori terpisah dari badan di Jalan Duta
Undang-undang unik yang ramai rakyat Selangor tak tahu
“Mata terbeliak tengok siling, sisi gelap ayah terbongkar selepas kena rasuk”