Lelaki terkejut selepas 7 tahun baru sedar bekas tuan rumah sembunyi dalam bilik bawah tanah

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki terkejut selepas 7 tahun baru sedar bekas tuan rumah sembunyi dalam bilik bawah tanah.

Seorang lelaki terkejut apabila mendapati bekas pemilik rumahnya sanggup bersembunyi di ruang bawah tanah kediamannya selama tujuh tahun.

Pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Li berkata, dia membeli sebuah rumah sekunder di pusat bandar dengan harga hampir 2 juta yuan (RM1.2 juta) pada tahun 2018.

Lelaki terkejut selepas 7 tahun baru sedar bekas tuan rumah sembunyi dalam bilik bawah tanah
Gambar hiasan
Menurut Li, perkara itu terbongkar apabila dia menemui sebuah pintu tersembunyi di belakang tangga yang menghubungkan ke ruang bawah tanah, yang sebelum ini tidak pernah disedarinya.

Ruang bawah tanah tersebut cukup luas dan lengkap dengan sistem pengudaraan, pencahayaan, malah turut mempunyai sebuah bar kecil.

Bekas Pemilik Dakwa Ruang Itu Masih Miliknya

Bekas pemilik hartanah itu mendakwa bahawa bilik bawah tanah tersebut tidak termasuk dalam urusan penjualan dan ia masih merupakan ruang peribadinya.

Namun, Li berpendirian bahawa ruang tersebut adalah hak miliknya kerana dia telah membayar harga penuh bagi rumah tersebut.

Mahkamah Sahkan Hak Milik Li

Li akhirnya mengambil tindakan undang-undang dan membawa kes itu ke mahkamah. Selepas perbicaraan, keputusan berpihak kepada Li.

Mahkamah mengarahkan bekas pemilik rumah, Zhang, untuk membayar pampasan wang dan mengesahkan bahawa ruang bawah tanah itu adalah milik sah Li.

Baca Juga:
Ratusan labah-labah melekat di sarang gergasi di langit jadi tanda tanya
Ini sebab kenapa orang cina Kelantan boleh ‘kecek kelate’ dengan fasih
Rupanya inilah burung yang selalu bunyi bising di waktu pagi ketika nak pergi sekolah