Lelaki terkejut jumpa rantai emas dalam maggi goreng yang dibeli

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki terkejut jumpa rantai emas dalam maggi goreng yang dibeli. Berbicara tentang bazar Ramadan, ada macam-macam jenis cerita yang kurang enak didengar daripada segelintir pengunjung, terutamanya aduan tentang kualiti makanan yang dijual oleh peniaga.

Terdahulu, tular tentang hidangan ayam percik dijual di sebuah bazar Ramadan dikatakan meletakkan sos celupan di dalam bekas yang kebiasaanya digunakan untuk mengisi sampah.

Malah, keadaan bekas itu yang diletakkan secara terus di atas jalan tar tanpa sebarang alas membuatkan ramai netizen loya melihatnya.

Lelaki terkejut jumpa rantai emas dalam maggi goreng yang dibeli

Pelanggan Jumpa Rantai Emas Dalam Hidangan Maggi Goreng Yang Dibeli Dari Bazar Ramadan

Seorang pengguna Facebook (Andy Tan) menerusi hantaran yang dimuat naik olehnya menceritakan kisah apabila dia terjumpa bendasing di dalam hidangan maggi goreng yang dibeli dari bazar.

Nak tahu dia jumpa apa dalam maggi goreng tersebut? Ada rantai emas ya. Bukan biasa-biasa!

Kebetulan pula rantai emas itu pun warna kuning dan hampir sama dengan warna maggi goreng tersebut. Macam ‘camouflage’ pula.

Wajahnya yang ditutup dengan pelekat reaksi ketawa mungkin menggambarkan keadaan dia yang terhibur ketika melihat ada rantai emas di dalam maggi goreng tersebut.

Netizen Terhibur Dan Katanya Nak Beli Maggi Goreng Yang Sama Juga. Mana Tahu Dapat Emas!

Hantaran yang dimuat naik itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-ratanya terhibur melihat kewujudan rantai emas di dalam hidangan berkenaan.

Siap ada yang bertanya lokasi kedai dia membeli maggi goreng itu. Mana tahu mereka ada rezeki dapat emas percuma juga.

Lebih menghiburkan lagi, ayat pada baju yang dipakainya tertulis “Based on true story” seolah-olah kena dengan situasi yang dialami.

Pelanggan Boleh Buat Aduan Kepada Pihak Berkuasa Jika Ada Peniaga Jual Makanan Rosak
Sejak akhir-akhir ini, ada banyak aduan tentang hidangan makanan yang dijual dalam keadaan rosak dan tidak bersih untuk dimakan.

Baca Lagi:
Tak sempat hidang masa raya, sekeluarga rugi 3 kg sambal sotong anak biawak tiba-tiba jatuh dalam periuk
Setiap bulan suami mengadu depan isteri tak cukup duit, sekali kantoi bayar loan kereta ibunya sampai keluarga sendiri pakai kenderaan kecil
Niat nak beli ais krim terbantut, Hunny Madu kecewa Pantai Tok Bali sangat kotor dipenuhi sampah sarap