Lelaki terkejut jumpa duit RM398,423 dalam peti ais terpakai yang dibeli secara online. Selepas membeli peti ais terpakai secara online, lelaki di Korea Selatan ini terkejut apabila menjumpai sejumlah wang bernilai KRW110 million (RM398,423) ketika membersihkan peti ais tersebut.
Wang tersebut yang dibalut dengan plastik dijumpai di sembunyikan di bawah peti ais. Lalu, lelaki itu bertindak ke balai polis untuk membuat laporan polis pada 6 Ogos yang lalu.
Menurut laporan, pihak polis telah menjalankan siasatan untuk mencari sumber wang tersebut dan kesemua wang itu disimpan oleh pihak berkuasa. Malah, penjual dan penghantar peti ais turut telah dipanggil untuk membantu siasatan.
Hal ini dilihat tidak masuk akal kerana melibatkan sejumlah wang yang besar menurut seorang pegawai polis. Malah, menurut Akta Hilang dan Jumpa Negara itu, wang tersebut akan diberikan kepada sesiapa yang menjumpainya sekiranya pemilik sebenar tidak datang tuntut dalam tempoh 6 bulan.
Akan tetapi, pihak yang mendapat wang itu perlu membayar 22% cukai daripada jumlah wang tersebut. Jika pemilik sebenar dikesan, maka pihak yang menjumpainya akan mendapat ganti rugi antara 5 hingga 20%.
Manakala, andai wang tersebut didapati mempunyai kaitan dengan jenayah, ia akan disalurkan terus ke dalam dana negara.