Lelaki terkejut jumpa beg berisi 1 juta keping duit syiling dalam rumah usang.
Rezeki durian runtuh yang benar-benar tidak disangka-sangka.
Sebuah keluarga di Los Angeles, Amerika Syarikat menemui beberapa beg berisi sejuta keping duit syiling semasa melakukan aktiviti membersihkan rumah.
Menantu kepada pemilik rumah tersebut, John Reyes, menyatakan bahawa dia tidak menyangka akan menemui harta yang berharga itu kerana dia hanya membantu menyelenggara rumah usang tersebut.
Setelah diperiksa, beg-beg tersebut didapati belum pernah dibuka.
“Saya dihubungi oleh beberapa pengumpul duit syiling yang pakar dalam bidang ini, dan mereka mengajukan beberapa soalan kepada saya.
“Mereka tahu saya memiliki beberapa beg berisi syiling timah atau beg dari bank yang tidak dikenali selepas video saya menjadi viral.
“Mereka menganggarkan bahawa syiling-syiling tersebut berusia sekurang-kurangnya 40 tahun atau lebih.
“Saya dinasihatkan agar tidak menjual syiling-syiling tersebut sehingga situasi sebenar diketahui dengan lebih mendalam,” kata Reyes dalam satu kenyataan.
Keluarga tersebut mendakwa bahawa syiling-syiling itu diperbuat daripada tembaga dan bukan zink biasa.
Bagaimanapun, Reyes telah mula menyiarkan iklan untuk menjual syiling-syiling tersebut di sebuah laman web jual beli dengan harga AS$25,000 (RM115,000).
“Nilainya terletak pada keunikannya,” katanya.