Lelaki terkejut beruk rakan menangis merayu ingin pinjam RM8,500 kerana Toyota Alphard tertunggak 6 Bulan

Photo of author

By Syima Iza

Setiap manusia pasti mempunyai impian untuk memiliki sesuatu yang diidamkan, ini sering dianggap sebagai ‘self-reward’ atau ‘goals achieved’ apabila dapat memiliki barang tersebut.

Membeli barangan impian yang bukan keperluan tidak salah, tetapi ia boleh mendatangkan masalah jika terlalu berbelanja melebihi kemampuan.

Berita mengenai seorang lelaki yang terjerat dalam hutang akibat keinginan untuk memiliki kereta mewah telah menjadi viral di media sosial baru-baru ini.

Lelaki terkejut beruk rakan menangis merayu ingin pinjam RM8,500 kerana Toyota Alphard tertunggak 6 Bulan
Gambar hiasan

Melalui perkongsian di laman Facebook Suhaimie Pro yang diambil dari Ejad Movi, lelaki tersebut menceritakan bagaimana dia menerima panggilan dari seorang rakan yang mempunyai masalah kewangan yang mendesak.

Selepas berjumpa, rakan tersebut menceritakan tentang masalah hutang yang sedang dihadapinya dan dengan sedih memohon pinjaman sebanyak RM8,500.

Dia ingin meminjam RM8,500 untuk membayar ansuran bulanan kereta Toyota Alphard yang tertunggak selama enam bulan.

Walau bagaimanapun, lelaki tersebut memberitahu rakan itu bahawa dia tidak mampu memberikan pinjaman sebanyak itu.

“Dengan air mata, aku tak mampu nak beri RM8,500. RM8,500 ini belum tentu kau boleh bayar dan belum tentu boleh selesaikan masalah kau untuk masa akan datang,” katanya.

Lelaki tersebut mengesyorkan agar rakan itu mencairkan aset yang dimilikinya jika ingin menyelamatkan kereta tersebut atau berunding dengan bank.

Menurutnya, rakan tersebut terlalu boros dalam belanja sehingga tidak memikirkan kemampuannya.

Akhir sekali, lelaki tersebut menasihati agar orang ramai tidak memaksa diri untuk kelihatan kaya sehingga terpaksa ‘mengikat perut’.

Golongan muda juga dinasihatkan agar tidak membuat pinjaman daripada bank jika tidak ada keperluan yang mendesak.

“Selagi boleh menggunakan motosikal, bas, atau LRT untuk bekerja, gunakanlah. Penting untuk menyimpan untuk membeli aset, terutamanya rumah.

“Jika ingin memiliki kereta, mulakan dengan yang lebih murah, dari situ kita akan belajar bagaimana untuk menjaga kereta,” nasihatnya.

Baca Juga:
Bella harus segera move on, jangan keluar statement lagi – Sajat
Selepas Bella Astillah dedah suami curang, hantaran berbaur sindiran oleh ibu Aliff Aziz cetus tanda tanya
Netizen seram lihat pokok pisang menunduk ke tanah tiba-tiba berdiri tegak ketika kenderaan melintas