Lelaki terkejut beli nasi lemak kosong RM2, nak tambah sambal, ikan bilis dan telur kena caj ‘Add On’

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki terkejut beli nasi lemak kosong RM2, nak tambah sambal, ikan bilis dan telur kena caj ‘Add On’.

Juadah nasi lemak hanya dianggap lengkap jika disertakan dengan sambal, telur rebus, dan ikan bilis.

Namun kini, sebahagian pengguna mendapati terdapat menu nasi lemak kosong yang hanya menghidangkan nasi putih tanpa sebarang sambal atau bahan pelengkap lainnya.

Lelaki terkejut beli nasi lemak kosong RM2, nak tambah sambal, ikan bilis dan telur kena caj 'Add On'

Seorang lelaki terkejut apabila membuka bungkusan dan mendapati hanya nasi kosong di dalamnya. Dia terpaksa membeli sambal yang dijual secara berasingan untuk menikmatinya.

Dalam video lain yang tular di TikTok, seorang pelanggan lain mendedahkan harga bagi setiap sambal, ikan bilis, dan telur yang dijual secara berasingan.

@nizambest1nasi lemak kosong

♬ original sound – NizamBest|Kacak

Secara puratanya, harga yang dikenakan agak mahal. Harga sambal ayam bermula pada RM2 sehingga RM5 untuk sambal udang. Sebiji telur rebus dicaj RM2, manakala ikan bilis sekitar RM1.
Jika dikira secara kasar, nasi lemak kosong ditambah dengan telur rebus, ikan bilis, dan sambal ayam untuk menjadikannya sebagai menu lengkap boleh mencecah RM7, sedangkan hidangan nasi lemak biasa yang dijual selalunya berharga sekitar RM2 hingga RM3 sahaja.
@nizambest1 Replying to @fahmizr40 dari nasi lemak kosong nak bagi lengkap byk jugak nak kena tambah😅#nasilemakkosong ♬ original sound – NizamBest|Kacak

Perkongsian video di TikTok menjadi perbualan hangat di kalangan pengguna platform tersebut, di mana rata-rata meluahkan rasa terkejut dan tidak berpuas hati dengan nasi lemak kosong yang dikenakan caj tambahan yang mahal untuk sambal dan bahan mentah lain.

Bagi netizen, tiada salahnya mengenakan caj tambahan untuk lauk dalam pek, tetapi bahan asas untuk menu nasi lemak seperti nasi, sambal, telur, dan ikan bilis dianggap tidak wajar dikenakan caj berasingan.

Ramai juga yang menyindir tindakan penjual yang didakwa sengaja menjual bahan-bahan tersebut secara berasingan untuk mengaut keuntungan mudah.

Baca Lagi:
Ini petua simpan beras tahan lama sehingga 2 tahun, kutu beras pun tak berani singgah
Kedai kegilaan ramai, ini kos anggaran jika mahu buka cawangan MIXUE
Mat Saleh dari Belanda pilih kedai servis kereta di Rengit selepas 30,000 kilometer keliling dunia bersama isteri