Lelaki temui wang lama berjumlah RM245,000 ditanam dalam dinding rumah

Lelaki temui wang lama berjumlah RM245,000 ditanam dalam dinding rumah

Lelaki temui wang lama berjumlah RM245,000 ditanam dalam dinding rumah. Seorang lelaki Sepanyol menemui wang tunai ‘lama yang diletakkan dalam enam tabung dan ditanam dalam dinding sebuah rumah baharu dibelinya baru-baru ini, lapor Mirror News.

Tono Pineiro ditemui berkata, wang tersebut berjumlah £47,000 (RM245,000) yang ditemui semasa melakukan kerja pengubahsuaian rumah yang akan didiaminya semasa bersara nanti.

Bagaimanapun, kegembiraan Pineiro tidak kekal lama apabila wang kertas yang dibawa ke Bank of Spain sebenarnya wang lama dan pihak bank sudah menghentikan pengeluarannya sejak 2002.
Lelaki temui wang lama berjumlah RM245,000 ditanam dalam dinding rumah

Gambar hiasan

 

“Saya pergi bank untuk mengesahkan mata wang ini dan malangnya mereka sudah menghentikan pengeluarannya lebih 20 tahun lalu,” katanya.

Namun, idea Peneiro menjual wang lama tersebut kepada pengumpul wang lama atau numismatik telah membuahkan hasil apabila dia memperoleh pulangan sebanyak £30,000 (RM156,000).

Lelaki temui wang lama berjumlah RM245,000 ditanam dalam dinding rumah

“Saya rasa mereka menyimpan dalam tabung ini bagi menghalang kelembapan wang tunai ini supaya tidak mudah rosak,” katanya sambil menambah dia akan menyimpan saki baki wang itu sebagai cenderahati.

Baca Lagi:
Jangan panik kalau lampu minyak E menyala sebab anda boleh memandu sejauh 60KM lagi
Pelatih diserang beruang sarkas ketika persembahan
Penumpang wanita separuh bogel tumbuk, ludah kru kabin kerana dihalang duduk di ‘business class’
CATEGORIES