Lelaki tayang pistol, gari di media sosial ditahan polis. Seorang lelaki ditahan selepas videonya tular di media sosial baru-baru ini yang memaparkan tangannya bergari dan memegang senjata api di dalam sebuah kenderaan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya dalam kenyataan berkata lelaki berusia 46 tahun itu ditahan kira-kira 1.05 pagi Sabtu lepas.
Beliau berkata polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan seutas jam tangan berjenama dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 89 Akta Polis 1967 serta Seksyen 8 Akta Senjata 1960.
“Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang dan tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.
Terdahulu, Noor Dellhan berkata Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini menerima laporan polis pada Jumaat lepas, kira-kira 6.15 petang, berhubung video berdurasi lima saat yang tular di Telegram Edisi Siasat itu.
Polis tahan lelaki tayang pistol, gari dalam video
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki yang dilihat memegang sepucuk pistol dengan dua tangannya bergari dalam sebuah kereta seperti dalam satu rakaman video yang tular, baru-baru ini. pic.twitter.com/QjsaQefpVT
— nan manjoi8715 (@nanmanjoi8715) February 20, 2023