Lelaki tak boleh terima kesalahan anak curi barang berjumlah RM9, ludah staf yang tak bersalah

Lelaki tak boleh terima kesalahan anak curi barang berjumlah RM9, ludah staf yang tak bersalah

Sudah menjadi kebiasaannya, ibu bapa suka menghantar anak-anak mereka ke taman permainan indoor.

Di sana, anak-anak bukan saja boleh bermain dengan pelbagai permainan. Mereka juga boleh berkenalan dengan kawan-kawan baru.

Ia menjadi mudah apabila anak-anak akan dipantau oleh penjaga di taman permainan itu. Namun, baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan pergaduhan antara seorang lelaki dan penjaga di situ.

Lelaki Meludah kepada Salah Satu Staf di Situ

Lelaki tak boleh terima kesalahan anak curi barang berjumlah RM9, ludah staf yang tak bersalah

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang bertengkar dengan seorang staf perempuan di taman permainan indoor kanak-kanak.

Lelaki itu meludah ke arah staf perempuan tersebut. Difahamkan, staf tersebut memberitahu kepada pelanggan itu bahawa anaknya suka mengambil barang tanpa membayar.

“Dia ini pelanggan tetap, anak dia memang suka ambil barang walaupun kita dah marah, dia tetap ambil.”

“Petang tadi anak dia curi gula-gula dengan air total RM9. Jadi bapak dia cakap dia boleh bayar tapi dia nak refund RM48 anak dia masuk playground,” tulisnya.

Lelaki itu tak boleh terima kesalahan anaknya dan meludah staf yang tak bersalah.

Baca Juga:
Pelajar IPTS maut jatuh tingkat 21 lepas ‘Check-in’ hotel dengan teman lelaki
Pemilik resort anjur parti liar di Pulau Lang Tengah dikompaun RM25,000
Remaja 16 tahun telefon polis selepas bunuh ibu bapa dan adik perempuan
CATEGORIES