Lelaki serang isteri bekas Adun Bayan dalam kedai runcit, berang anak kena tegur

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki serang isteri bekas Adun Bayan dalam kedai runcit, berang anak kena tegur.

Isteri kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz dipercayai diserang seorang lelaki di sebuah kedai runcit di Bayan Lepas di sini petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu berlaku apabila wanita tersebut berada di dalam premis berkenaan lalu didatangi seorang lelaki berbaju-t dan berseluar pendek.

Lelaki serang isteri bekas Adun Bayan dalam kedai runcit, berang anak kena tegur

Azrul ketika dihubungi Kosmo! berkata, kejadian berlaku selepas isterinya menegur seorang pelajar sekolah yang disyaki mencuri barangan makanan di dalam premis berkenaan.

“Isteri pada mulanya curiga lihat seorang budak sekolah memasukan barang di dalam beg. Ketika sedang beri nasihat, budak perempuan tersebut sudah melarikan diri.

“Dalam tempoh 10 minit, seorang lelaki disyaki bapa kepada budak berkenaan masuk ke kedai lalu menyerang isteri.

“Isteri saya mengadu yang lelaki itu ada mengetuk kepalanya dan perbuatan itu dapat dilihat menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kedai,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi.

Beritahu beliau lagi, kejadian tersebut berlaku selepas isterinya baru pulang dari klinik kerana mengalami demam.

Tambah Azrul, satu laporan polis akan dibuat di Balai Polis Teluk Kumbar pada petang ini.

Baca Lagi:
Dengki kedai makan laris, suami isteri peniaga roti nan cedera parah disimbah asid, kedai dibakar
Hanya buat senaman 4 minit setiap hari dalam masa 5 bulan, lelaki ini berjaya hilangkan perut boroinya
Lagu terbaharu Malique ‘Berduet’ dengan Mona Fandey bikin netizen meremang, tapi lirik padu!