Lelaki serah diri selepas ‘kantoi’ rakam wanita bujang mandi waktu malam

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki serah diri selepas ‘kantoi’ rakam wanita bujang mandi waktu malam.

Seorang lelaki berusia 54 tahun ditangkap selepas dipercayai merakam jirannya yang juga seorang gadis sedang mandi di Taman Seri Duyong di sini minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata kejadian itu disedari oleh mangsa yang berusia 27 tahun selepas melihat tangan suspek di tingkap bilik air rumahnya kira-kira pukul 9 malam, 26 September lalu.

Lelaki serah diri selepas 'kantoi' rakam wanita bujang mandi waktu malam

“Mangsa yang terkejut segera menjerit dan memberitahu adik lelakinya mengenai kejadian tersebut. Adiknya kemudian keluar untuk memeriksa, tetapi suspek sudah melarikan diri.
“Pemeriksaan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di rumah mendapati suspek adalah penduduk yang dikenalinya di taman perumahan berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Christopher menambah, menerusi rakaman CCTV tersebut, suspek juga dilihat menceroboh kediaman mangsa dengan memanjat pagar di bahagian belakang rumah.

“Lelaki itu kemudian datang menyerah diri di balai polis sebelum ditahan pada pukul 8.30 malam tadi. Suspek direman selama tiga hari bermula hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya.

Baca Lagi:
7 Senarai negara yang ramai orang benci pada tahun 2024, tak sangka negara Islam pun tersenarai
Suami ‘dukung’ isteri bawa lari keluar mahkamah sebab tak mahu cerai
Rakyat Thailand berang dengan orang Malaysia, ‘perangai Malaysia jangan bawa ke sini’