Lelaki sanggup jual peti ais, motosikal demi beli tiket konsert Coldplay berharga RM3,338

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki sanggup jual peti ais, motosikal demi beli tiket konsert Coldplay berharga RM3,338. Beberapa pengguna media sosial mengutuk tindakan segelintir individu yang sanggup menggadai barangan mereka semata-mata untuk membeli tiket konsert siri jelajah kumpulan rock popular dari Britain, Coldplay dengan harga mencecah RM3,000.

Antara barangan yang dijual atau digadai adalah emas, telefon bimbit, motosikal, perabot rumah dan lain-lain.

Terdahulu, tular seorang lelaki sanggup mengambil keputusan untuk menjual peti ais dan motosikalnya demi membeli tiket konsert Coldplay berharga RM3,338.

Lelaki sanggup jual peti ais, motosikal demi beli tiket konsert Coldplay berharga RM3,338

Lebih dasyat, lelaki yang dikenali dengan nama Danar itu memaklumkan bahawa dirinya ada membuat pinjaman peribadi, namun gagal sebelum tekad menjual barangan peribadinya.

Dalam pada itu, dengan pengorbanan drastik dilakukan peminat kumpulan rock tersebut, ada yang meluahkan rasa kurang senang apabila untuk mengejar keseronokan, rakyat Malaysia sanggup berhabis wang sehingga rela menggadai apa yang ada.

Namun, kata mereka, dalam perbelanjaan untuk membeli makanan dan keperluan hidup, rakyat Malaysia dilihat lebih suka mengharapkan bantuan daripada pihak kerajaan.

“Nak tengok konsert Coldplay sanggup bergadai barang, bila nak makan minta kerajaan, buat malu sahaja. Rakyat Malaysia ini masih ramai yang tak reti guna duit dengan baik untuk utama keperluan hidup daripada kehendak diri,” tegur seorang pengguna di Facebook hari ini.
“Siapa kata rakyat Malaysia miskin? Tak sampai dua jam, tiket konsert harga RM3,000 pun ‘sold out’. Sanggup jatuh lebih miskin untuk tengok konsert, menyimpan duit tak nak,” perli pengguna yang lain.

Baca Lagi:
Tukang gantung cerita detik akhir Saddam Hussein di tali gantung
Ajaib! Selepas 17 hari pesawat terhempas, 4 kanak-kanak ditemui masih hidup
9 makanan yang tidak boleh dipanaskan, tetapi nombor 7 masih ramai yang buat!