Lelaki rendam sotong dalam tong sampah buat sambal nasi lemak tampil beri penjelasan

Lelaki rendam sotong dalam tong sampah buat sambal nasi lemak tampil beri penjelasan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menjalankan siasatan selepas tular video TikTok seorang peniaga yang didakwa menyimpan makanan di dalam tong sampah.

Menerusi ciapan di platform X pada Sabtu, KKM turut berterima kasih kepada netizen yang menyalurkan maklumat berhubung kejadian berkenaan.

“Terima kasih kerana membawa perhatian ini kepada kami. KKM akan menjalankan siasatan,” ujar KKM sebagai reaksi kepada aduan berkenaan.

Sebelum itu, seorang pengguna X memuat naik tangkap layar serta video daripada TikTok, memaparkan seorang peniaga lelaki yang menyimpan makanan di dalam tong sampah.

Lelaki rendam sotong dalam tong sampah buat sambal nasi lemak tampil beri penjelasan

Dakwa pengadu, peniaga nasi lemak itu menggunakan tong sampah plastik berwarna hitam untuk merendam lauk sotong yang dijual di kedainya.

“Dia guna tong sampah buat rendam sotong untuk masak dan jual. Dah ramai yang tegur tapi jawapan sebab ramai (orang) yang buat macam tu jadi tak jadi masalah.

“Agak geram jugalah dengan jawapan dia terutama dalam bab penyediaan makanan macam ni,” ciap pengadu yang turut membuat pautan kepada akaun media sosial rasmi KKM.

Menerusi video sebelum ini, peniaga berkenaan pernah menjawab teguran netizen berhubung kaedah penyimpanan makanan di kedainya itu.

“Saya rendam sotong pakai tong sampah eh? Saya pun tak tahulah tu tong sampah sebab tak ada tulis, saya main beli je kat kedai.

“Kedai pun tak pesan dengan saya tu tong sampah, saya pakai je la. Sebab ramai yang lain pun pakai juga tong tu untuk isi air dan mandi.

“Bagi saya tiada masalah kot. Kalau rasa benda tu kotor, tak apalah. Awak je kot yang anggap macam tu, sebab tong tu saya tak isi sampah,” jelas peniaga berkenaan pada awalnya.

Namun, selepas isu berkenaan semakin kecoh, peniaga berkenaan memuat naik satu lagi video penjelasan di aplikasi TikTok pada Sabtu.

“Pasal isu tong yang viral dua tiga hari ni, mana yang ada bagi pendapat, saya terima. Yang hentam saya tak boleh buat apa, saya hanya boleh berdiam dan melihat. Terima kasih yang mana bagi nasihat dan teguran, saya tak kecil hati.

“Jangan risau. Saya buat video sebab cara percakapan saya kot, buat orang jadi tak selesa. Kalau saya bercakap memang macam ni, harap korang jangan kecil hati, nama pun content, hidup penuh drama.

“Lagi satu pasal tong, dah jenuh saya cari tak ada. Dah puas cari food container, tiada jual. Kalau ada private message (PM) saya atau komen bawah, saya akan beli nanti satu tong tu,” jelasnya dalam video terbaharu.

Menjengah ke ruangan komen, netizen turut memaklumkan kepada peniaga itu tentang respon KKM yang dimuat naik menerusi X.

“KKM dah mention abang kat Twitter (X).

“KKM dah notice tu. Jangan alih pula sotong dalam tong sampah tu. Tunggu je la.

“Nanti prepare sambut KKM datang bang,” tulis netizen.

Baca Juga:
‘Tamat sudah riwayat Lisa’ – Monyet tular satu dunia yang menghiburkan semasa PKP sudah tiada
Individu dakwa pemain bola sepak perdaya ramai wanita, dicop ‘playboy tak berduit’
Bekas Datuk Bandar PBT Johor ditahan terima rasuah lebih RM1 juta
CATEGORIES