Lelaki rebah di pintu klinik selapas minum kopi, makan durian

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki rebah di pintu klinik selapas minum kopi, makan durian.

Seorang pesakit rebah di pintu sebuah klinik kerana mengalami pening dan rasa mual akibat pengambilan kopi selepas menikmati durian. Perkara itu dikongsikan pengasas Forhimclinic, Dr. Ahmad Samhan Awang menerusi aplikasi X.

Ujarnya, pesakit lelaki berkenaan kemudiannya masuk ke bilik konsultasi dalam keadaan mabuk, terhuyung-hayang, dengan wajah pucat dan dihujani peluh di dahi. Menurut Dr. Ahmad Samhan, pesakit berkenaan memberitahu dia meminum kopi untuk menghilangkan rasa mengantuk selepas menikmati durian pada tengah hari.

Lelaki rebah di pintu klinik selapas minum kopi, makan durian

Beliau berkata, gabungan durian dan kopi boleh menyebabkan badan berasa tak selesa dan ia dinamakan sebagai intoxication atau keracunan ringan.

“Durian mengandungi sulfur dan tinggi karbohidrat manakala kopi ada kafein yang boleh menyebabkan dehidrasi. Gabungan keduanya boleh menyebabkan tindak balas yang tidak baik kepada badan kita,” katanya.

“Doktor, pesakit ni rebah depan pintu klinik tadi!” kata jururawat dengan cemas. Seorang lelaki dalam keadaan mabuk terhuyung-hayang masuk ke bilik konsultasi, wajahnya pucat dan keringat membasahi dahi.

Menerusi hantaran sama, beliau turut menyenaraikan makanan dan minuman yang perlu dielakkan selain kopi selepas menjamah raja buah itu. Antaranya, alkohol, minuman berkarbonat, makanan berminyak, pedas, susu dan produk tenusu serta makanan tinggi protein.

Dr. Ahmad Samhan yang juga pempengaruh media sosial berkata, sebagai langkah pencegahan, penggemar durian perlu menghindari pengambilan makanan dan minuman berkenaan dalam tempoh yang singkat.

“Jangan gabungkan makanan atau minuman yang boleh beri tekanan berlebihan kepada badan. Selepas makan durian, tunggu sekurang-kurangnya empat hingga enam jam sebelum minum kopi,” jelas beliau.

Bagi rawatan mabuk akibat keracunan ringan itu, Dr. Ahmad Samhan menasihati mereka yang mengalaminya memperbanyakkan minum air kosong bagi membantu menyingkirkan toksin dalam badan serta berkunjung ke klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut sekiranya memerlukan.

“Jadi, untuk semua peminat durian di luar sana, ingatlah untuk berhati-hati dengan apa yang anda gabungkan dengan durian,” tulisnya.

Baca Juga:
Elak minum kopi selepas makan durian
Pulau Pinang larang warga asing masak 13 makanan ini termasuk nasi lemak
Baru dua bulan bersalin anak sulung, Puteri Dubai ceraikan suami melalui Instagram