Lelaki rakam bayang hitam menyerupai susuk badan manusia di langit ketika senja.
Sebuah video tular di media sosial Indonesia menunjukkan penampakan misteri bayang hitam yang menyerupai susuk tubuh manusia di langit ketika waktu senja, lapor laman berita Tribunnews semalam.
Imej tersebut dirakam oleh seorang lelaki ketika dia menyaksikan matahari terbenam di sebuah pantai di Kolaka, wilayah Sulawesi Tenggara.
Dalam video tersebut, bayang hitam yang kelihatan seperti manusia sedang berdiri dilihat berada di hadapan matahari yang sedang terbenam.
Walau bagaimanapun, bayang tersebut tidak bergerak, namun perakam menggerakkan kamera telefon bimbitnya untuk membuktikan bahawa ia bukan objek yang terletak di hadapan peranti tersebut.
Video itu menjadi tular di media sosial dengan ramai pengguna meneka bahawa ia adalah satelit.
Seorang ahli astronomi di Indonesia, Marufin Sudibyo, berkata bayangan hitam itu kemungkinan besar adalah fenomena cahaya senja atau sinaran krepuskular (crepuscular rays).
Ini kerana bentuk bayang hitam itu kelihatan kabur, tetapi dapat dilihat secara kasar dan terdiri daripada dua bahagian.
Fenomena tersebut menyebabkan sebahagian cahaya Matahari terhalang dan mewujudkan zon bayangan (kawasan ‘dimmer’).
@tribunnewssultraofficialVideo Viral Bayangan Hitam di Langit Pantai Hoyomas Watubangga Kolaka, BMKG: Diduga Fenomena Optik Berikut ini video viral bayangan hitam yang ada di langit di Pantai Hoyomas Watubangga, Kabupaten Kolaka, Provinsi Sulawesi Tenggara (Sultra). Momen tersebut terekam kamera salah satu pengunjung yang sedang menikmati waktu sore hari. #fenomenaalam #langit #bayanganhitam #kolaka #tribunnewssultra Program: Tribun Update Video Editor: Wa Ode Ria Ika Hasana Sumber: Adrian Adnan Sholeh Uploader: