Lelaki pelik baru 3 hari keluarkan duit KWSP terus dapat panggilan scammer

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki pelik baru 3 hari keluarkan duit KWSP terus dapat panggilan scammer.

Pengalaman beberapa kali menerima panggilan dibuat individu dipercayai scammer berjaya menjadi ‘perisai’ buat seorang pekerja swasta daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian itu.

Menurut mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Sulaiman, 51, dalam kes terbaharu melibatkan dirinya, scammer seolah-olah tahu pergerakan masuk duit ke dalam akaun miliknya.


Lelaki pelik baru 3 hari keluarkan duit KWSP terus dapat panggilan scammer

“Sebelum ini memang saya ada beberapa kali menerima panggilan daripada individu yang mengatakan bungkusan dihantar mempunyai masalah dan meminta saya menghubungi nombor tertentu.

“Tetapi disebabkan saya sudah tahu mengenai kegiatan scammer, jadi saya terus tamatkan panggilan. Terbaharu kejadian sama menimpa saya tahun lalu. Baru tiga hari saya keluarkan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terus dapat panggilan scammer.
“Agak pelik bagaimana sindiket ini tahu yang saya baru keluarkan duit KWSP sedangkan kali terakhir saya menerima panggilan serupa kira-kira enam bulan sebelum itu,” katanya.

Menurut Sulaiman, dalam kes penipuan secara dalam talian yang dihadapinya, pelbagai ‘perangkap’ dibuat antaranya tawaran pelaburan dan masalah bungkusan yang didakwa miliknya.

Ujarnya, kebanyakan scammer juga dipercayai mereka yang terlatih dalam memerangkap mangsa berdasarkan keyakinan dan percakapan mereka.

“Saya tidak nafikan, kalau individu yang tidak diberi pendedahan dan cepat panik akan terperangkap dan ikut sahaja apa arahan yang diberikan scammer ini kerana situasi yang mereka cipta seolah-olah betul.

“Jadi, nasihat saya kepada semua pihak untuk sentiasa berhati-hati dan jangan sesekali melayan panggilan daripada individu yang tidak dikenali,” katanya.

Sulaiman dalam masa sama juga menggesa usaha lebih serius dilakukan pihak berwajib untuk mengekang penipuan secara talian yang semakin berleluasa ketika ini.

Baca Juga:
Semua terbabit kes SPANCO sejak 1990-an termasuk PM, menteri kewangan akan disiasat – SPRM
Cikgu Param kongsi rahsia lantai rumah orang India kelihatan bersih, berkilat setiap hari
Pasangan suami isteri baling pasir, tendang motosikal di jambatan Pulau Pinang ditangkap polis