Lelaki pecah rekod makan nasi kandar RM222 di restoran mamak terkenal di Pulau Pinang

Lelaki pecah rekod makan nasi kandar RM222 di restoran mamak terkenal di Pulau Pinang

Lelaki pecah rekod makan nasi kandar RM222 di restoran mamak terkenal di Pulau Pinang.

Seorang lelaki berjaya memecah rekod baharu apabila dikatakan makan nasi kandar yang berharga RM222 di sebuah restoran mamak terkenal di Pulau Pinang.

Perkara itu dikongsikan pentadbir Facebook Nasi Kandar Sulaiman sehingga tular di media sosial.

Lelaki pecah rekod makan nasi kandar RM222 di restoran mamak terkenal di Pulau Pinang

Difahamkan, lelaki tersebut mengambil 16 ekor sotong, 10 ekor udang, dua ketul ayam, dan lauk sampingan lain seperti kambing, telur sotong serta bendi.

“Fuh, orang Penang lagi. Seorang makan semua ini, amat-amat dahsyat.
“Kita tak paksa apa-apa dan bukan panggil dia makan.

“Dia sendiri datang makan dan buat rekod, memang padu,” katanya pada Khamis.

Berdasarkan komen pada hantaran tersebut, lelaki berkenaan berjaya menghabiskan makanan itu dalam tempoh 55 minit.

Sebelum ini, rekod paling mahal adalah RM218 oleh seorang lelaki pada 20 Januari lalu.

Baca Juga:
Kucing mengigil kena sawan selepas pemiliknya tersalah beli ubat kutu ‘online’
Pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dipenjara dua tahun
Marissa Dania Hakim dan Aslam nikah senyap-senyap?
CATEGORIES