Lelaki panik anak baru lahir 10 hari hilang diculik, tak sangka rupanya isteri jual dengan harga RM2,437

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki panik anak baru lahir 10 hari hilang diculik, tak sangka rupanya isteri jual dengan harga RM2,437.

Siapa sahaja tidak panik jika anak yang baru menjejak usia 10 hari boleh hilang ketika sedang lena tidur. Anda sudah pasti menyangka rumah telah dipecah masuk atau diculik dan sebagainya.

Menurut Tribun News, seorang bapa di Jambi, Indoneesia melaporkan kes penculikan anaknya kepada pihak polis pada Ahad lalu selepas didapati hilang dari dalam bilik tidurnya kira-kira jam 6 pagi.

Lelaki panik anak baru lahir 10 hari hilang diculik, tak sangka rupanya isteri jual dengan harga RM2,437

Bagaimanapun, bayi tersebut tersebut bukan diculik tetapi sebaliknya dijual kepada sepasang suami isteri untuk dijadikan anak angkat tanpa pengetahuan bapa kandungnya.

Wanita yang berada di dalam kesempitan kewangan itu difahamkan telah mengiklankan anaknya menerusi media sosial Facebook sebelum bayinya lahir lagi. Suspek kemudian menerima bayaran sebanyak 8 juta rupiah (~RM2,437) daripada pasangan suami isteri berkenaan.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Jambi, Kompol Indar Wahyu Dwi, ibu kandung bayi serta pasangan ibu bapa angkat bayi tersebut telah ditahan oleh pihak polis kerana telah melanggar Akta Perlindungan Kanak-Kanak.

Tambahan pula, beliau juga menjelaskan bahawa bagi proses pengambilan anak angkat yang mana perlu melalui keputusan mahkamah dengan mengikut saluran yang betul. Bagaimanapun, ibu kandung bayi tersebut tidak mengetahui tentang proses berkenaan.

Sementara itu, polis berkata pasangan ibu bapa angkat bayi tersebut mengambil keputusan untuk membeli bayi berkenaan kerana mereka belum dikurniakan anak walaupun sudah lama berkahwin.

Susulan itu, wanita tersebut telah ditahan dan anaknya kini dilaporkan selamat di bawah jagaan bapa kandungnya serta keluarga. Bagaimanapun, bayi itu perlu dibawa ke balai polis setiap hari untuk disusukan ibunya.

Baca Lagi:
Ibu terkejut bila dapat tahu punca anak jadi trauma nak ke sekolah, rupanya cikgu lelaki ‘gigit’ bibir anaknya
Isteri bayar gaji suami RM10,000 sebulan, tapi suami mahu kahwin dengan janda anak satu pula
Dulu ahli Umno, kini Ras Adiba Radzi sertai Bersatu