Lelaki pandu Bezza hitam umpan budak RM50 sebelum culik

Photo of author

By Syima Iza

Suspek yang cuba melarikan dua kanak-kanak di sini semalam dikatakan mengumpan sejumlah wang kepada mangsa.

Insiden semalam adalah kali kedua selepas kes pertama berlaku pada April lalu.

Dalam kejadian kira-kira 6:30 petang semalam, dua kanak-kanak itu dilarikan seorang lelaki menaiki kereta berwarna hitam.

Lelaki pandu Bezza hitam umpan budak RM50 sebelum culik

Menurut ibu salah seorang mangsa, Azlinda Mohamad Wazir, 33, anaknya yang berusia lapan tahun dan rakannya yang berusia enam tahun diumpan dengan wang RM50 sebelum diculik ketika bermain.

“Dia kata tak tahu dia naik kereta Bezza warna hitam, kenal tak orangnya, dia kata tak kenal, dia kata lelaki. Itu yang saya terus pergi cari,” katanya. Jelas Azlinda, ketika laporan polis dibuat di Balai Polis Jeram, dia dimaklumkan kedua-dua mangsa sudahpun ditemui orang ramai.

Beliau berkata, kejadian pada Syawal lalu membabitkan anak jirannya dan tidak menolak kemungkinan suspek yang sama terlibat dalam insiden terbaharu semalam.

Menceritakan detik kejadian itu, mangsa mengakui masih terkejut.

“Dia tak hantar pun surat tu, dia bawa saya pergi jalan-jalan pastu pergi beli air,” ujarnya.

Ibu kepada seorang lagi mangsa culik, Azura Abdullah, berkata ketika kejadian dia tiada di rumah kerana sedang bekerja.

“Memang risau sebab berlaku kepada anak sendiri. Lepas ni tak nak lagi kejadian macam ni, bagi dia duduk kat rumah tak nak jadi macam ni,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin, berkata pihaknya menerima laporan dibuat ibu seorang kanak-kanak kejadian itu jam 6.30 petang semalam.

“Kami juga mengesan hantaran tular di media sosial berkaitan dua kanak-kanak perempuan, masing-masing berusia 8 dan 6 tahun dilarikan seorang lelaki memandu Perodua Bezza berwarna hitam di Taman Ikan Emas.

“Pihak polis bertindak menjalankan siasatan segera sejurus menerima laporan itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Ambia berkata, kedua-dua kanak-kanak berkenaan ditemui dalam keadaan selamat di Taman Kelisa, berhampiran rumah pada jam 7.45 malam tadi, kira-kira satu jam selepas dilaporkan hilang.

“Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 369 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi kes berkenaan,” katanya mengingatkan orang ramai mengawasi anak yang berada di luar rumah bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Baca Juga:
Jururawat pasrah tak jadi kahwin, bakal mertua mahu menantu doktor
Jamal Abdillah rugi RM2 juta
Ramai nak tahu punca penceraian, ini penjelasan Harith dan Dr Jezamine