Lelaki OKU tiada kaki teringin nak rasa pengalaman berjoging, 3 sahabat tunaikan hajat raih perhatian ramai

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki OKU tiada kaki teringin nak rasa pengalaman berjoging, 3 sahabat tunaikan hajat raih perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, kelihatan tiga sahabat menunaikan hasrat rakannya yang tidak memiliki sebelah kaki untuk merasai pengalaman berjoging.

Memiliki sahabat yang baik merupakan salah satu rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada setiap hamba-Nya.

Lelaki OKU tiada kaki teringin nak rasa pengalaman berjoging, 3 sahabat tunaikan hajat raih perhatian ramai

Meskipun mempunyai ramai kawan, tidak semuanya layak digelar sahabat sejati yang sanggup berkorban apa sahaja demi rakan tersayang.

Rakan OKU Teruja Nak Rasa Pengalaman Berjoging, Tiga Sahabat Tunaikan Hasratnya

Baru-baru ini, tiga pemuda telah melakukan perkara yang sama apabila membawa seorang rakan Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak berkaki untuk merasai pengalaman berjoging.

Dalam video yang dikongsikan oleh Marvel Shinbe di TikTok, kelihatan mereka menolak rakan OKU mereka, Haikal, berjoging menggunakan kerusi roda.

Tindakan itu dilakukan oleh ketiga-tiga sahabatnya selepas Haikal menyuarakan keinginan untuk melakukan aktiviti yang sering dilakukan oleh orang lain.

Namun, ketiadaan kaki membataskan dirinya untuk turut serta dalam aktiviti tersebut.

“Aku takde kaki, tapi teringin nak rasa vibe jogging,” kata Haikal.

@marvelshinbe Selagi kami ada, kau santai je sobat. #sahabat #member #rezeki #fyp #running @F’s 🦖 @Nazz🐯 @haziqzuzuzu ✈︎ ·˚ @hzrq zuzu. ♬ Камин – DR3AM7NG

Minta Kawan Bersiap Untuk Pergi Joging Bersama

Enggan melihat rakan mereka bersedih, ketiga-tiga sahabat ini meminta Haikal bersiap untuk dibawa berjoging di taman.

Turut kelihatan mereka berlari-lari sambil menolak Haikal bersama-sama. Malah, di ruang komen, Marvel Shinbe turut memberitahu Haikal agar tidak bimbang kerana mereka akan berusaha untuk melakukan yang terbaik buatnya.

Dalam video lain, mereka juga dilihat melakukan aktiviti mendaki bersama Haikal yang menggunakan kaki palsu.

Melihat pada ruangan komen, ramai yang tersentuh melihat keakraban hubungan persahabatan mereka, yang sentiasa bersama di saat susah dan senang.

Ada juga yang mengimpikan untuk mempunyai persahabatan sebegini suatu hari nanti.

Selain itu, ramai juga yang menitipkan doa kepada tiga pemuda ini kerana melakukan kebaikan kepada Haikal.

“Persahabatan lelaki memang lain macam.”

Lelaki OKU tiada kaki teringin nak rasa pengalaman berjoging, 3 sahabat tunaikan hajat raih perhatian ramai