Lelaki nyaris maut, Wira terbakar dan meletup ketika isi minyak

Lelaki nyaris maut, Wira terbakar dan meletup ketika isi minyak

Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta Proton Wira Aeroback miliknya terbakar dan meletup ketika sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Repoh, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.10 petang itu, lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu cedera selepas terkena serpihan cermin kenderaannya.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, siasatan awal mendapati insiden berlaku ketika pemandu kereta sedang mengisi minyak.

Lelaki nyaris maut, Wira terbakar dan meletup ketika isi minyak

“Bahagian tangki tiba-tiba meletup mengakibatkan kenderaan terbakar, namun berjaya dipadam sepenuhnya 15 minit kemudian.

“Siasatan forensik mendapati punca cetusan api bermula pada bahagian tempat duduk hadapan penumpang kiri dipercayai akibat tindak balas sebuah telefon bimbit dengan wap petrol yang berada di dalam kenderaan tersebut,” jelasnya.
Baca Juga:
Pengakhiran yang indah! Jemaah wanita meninggal dunia sebaik selesai baca Yasin di masjid
Wanita kutuk laksa Sarawak bau macam jamu ‘maajun’ dikecam orang ramai
Remaja hilang selama 26 tahun ditemui masih hidup, dikurung jiran hanya 100 meter dari rumah
CATEGORIES