Lelaki nyaris maut, tebuk kepala sendiri masukkan ‘cip’ kedalam otak gara-gara nak kawal mimpi

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki nyaris maut, tebuk kepala sendiri masukkan ‘cip’ kedalam otak gara-gara nak kawal mimpi.

Pelik. Seorang lelaki di Rusia cuba mengawal mimpinya ketika tidur, dengan bantuan teknologi.

Lelaki dikenali Mikhail Raduga menebuk lubang pada tengkorak dan memasukkan cip ke dalam otaknya.

Lelaki nyaris maut, tebuk kepala sendiri masukkan 'cip' kedalam otak gara-gara nak kawal mimpi

Dia melakukan ‘pembedahan’ itu sendiri di apartmen dihuni di Novosibirsk, namun prosedur terbabit tidak menjadi seperti diharapkan.

Raduga dikejarkan ke hospital selepas hilang kira-kira satu liter darah akibat kegagalan pembedahan selama empat jam itu.

Menerusi ciapan di Twitter pada 18 Julai lalu, Raduga mengesahkan dia menjalankan sendiri prosedur itu.

Katanya, dia memilih melakukan prosedur sendirian kerana menganggap kehadiran pakar akan menyukarkan lagi proses itu.

Meskipun pembedahan itu menjejaskan kesihatannya, Raduga berharap hasil prosedur berkenaan akan membuka jalan bagi kemajuan teknologi kawalan mimpi di masa hadapan.

Baca Lagi:
Penduduk gempar ular sawa gergasi seperti dalam filem ‘Anaconda’ ditemui menjalar di Elmina, Shah Alam
Ternak lembu dalam flat, tular video lembu di balkoni tengah makan raih tontonan 4 juta
Pempengaruh kecergasan maut patah leher dihempap ‘barbel’ seberat 210 kilogram