Lelaki Myanmar toreh bibir peniaga kedai runcit

Lelaki Myanmar toreh bibir peniaga kedai runcit

Lelaki Myanmar toreh bibir peniaga kedai runcit. Penganggur ditahan polis selepas disyaki menyebabkan kecederaan dengan menoreh bibir seorang lelaki yang menegurnya kerana menendang kon.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lelaki warga Myanmar berusia 32 tahun itu ditahan di Jalan Permai di sini, pada 11.15 pagi tadi.

“Kejadian dikatakan berlaku kira-kira 5 petang Jumaat lalu, selepas mangsa mengekori suspek yang dilihat menendang kon di hadapan kedai runcitnya sebelum ini.

Lelaki Myanmar toreh bibir peniaga kedai runcit

“Suspek mendakwa berbuat demikian kerana disuruh oleh orang lain.

“Selepas itu, suspek secara tiba-tiba mengeluarkan senjata tajam seperti pisau lalu melibas ke muka mangsa dan mengenai bibirnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata, susulan kejadian mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Ampang sebelum membuat laporan polis.

Katanya, polis yang menjalankan siasatan kemudian menahan suspek dan merampas sebatang besi diubah suai yang disyaki digunakan dalam kejadian itu.

“Siasatan mendapati punca kejadian disebabkan suspek tidak puas hati selepas pengadu menegurnya kerana menendang kon,” katanya.

Menurutnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Ampang untuk permohonan reman esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Baca Lagi:
Rasmus Paludan bakar al-Quran lagi
Perlantikan Nurul Izzah sebagai penasihat kanan PM, ini penjelasan Anwar
Tidak pernah berlaku PM lantik anak sendiri jadi penasihat – Muhyiddin
CATEGORIES