Lelaki menyamar wanita berpurdah masuk ruang solat wanita dicekup AJK masjid

Photo of author

By Syima Iza

Taktik seorang pemuda yang menyamar dengan memakai tudung labuh dan berpurdah sebelum menyusup ke dalam ruangan solat wanita, akhirnya terbongkar selepas dia berjaya ditangkap oleh ahli jawatankuasa (AJK) masjid.

Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di Masjid Jannatul Firdaus, di Makassar, Sulawesi Selatan, pada Ahad.

Pemuda yang berusia 28 tahun itu berjaya ditangkap ketika berada bersama-sama dengan jemaah wanita.

Lelaki menyamar wanita berpurdah masuk ruang solat wanita dicekup AJK masjid

Ketua Polis Manggala, Makassar, Syamsuardi mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, pemuda berkenaan ditangkap oleh AJK masjid selepas dia menunjukkan tingkah laku dan pergerakan yang mencurigakan.

Hasil soal siasat, pemuda tersebut mengakui dia melakukan penyamaran kerana didorong rasa ingin tahu untuk melihat wajah jemaah wanita.

Baca Juga:
Pelajar buat kejutan usung TV waktu malam bagi hadiah pada cikgu sebab dapat ‘score’ subjek SPM
Pekerja kedai serbaneka warga asing dicekup orang ramai kerana intai rakan sekerja
Ribuan ikan Arowana ditemui dalam anak sungai