Lelaki menyamar pakai maskot ‘Ninja Turtles’ hadir di majlis kahwin bekas kekasih

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki menyamar pakai maskot ‘Ninja Turtles’ hadir di majlis kahwin bekas kekasih. “Manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.”

Begitulah pepatah yang sesuai digunakan kepada seorang lelaki ini apabila hubungan yang dibina bersama kekasih hati selama ini telah musnah di pertengahan jalan.

Lebih menyedihkan, apabila wanita tersebut telahpun melangsungkan perkahwinan bersama pilihan barunya.

Lelaki menyamar pakai maskot 'Ninja Turtles' hadir di majlis kahwin bekas kekasih

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @encik_dobi, lelaki terbabit mendapat undangan untuk menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasihnya.

Lelaki datang majlis kahwin Ex pakai maskot Ninja Turtles

Bagaimanapun, dia muncul di majlis tersebut dengan memakai maskot kartun Ninja Turtle dipercayai agar wanita terbabit tidak menyedari kehadirannya.

Dalam video sama, kelihatan orang ramai mengambil gambarnya yang berada bersebelahan dengan pengantin perempuan itu.

@encik_dobi Tanda HADIR ✅ undangan walimatulurus EX🙂🙂 #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #majliskahwin #tiadajodoh #perancanganallahlebihbaik #srikandisurprise ♬ Dj Tiktok Viral Terbaru 2022 – Yandi Biansyah

“7 tahun bukan waktu yang singkat. Tapi ini lah takdir Tuhan. Putus tanpa sebab dan ini penghujung kisah kita,” tulisnya dalam video.

Menurut pemilik video itu lagi, penyamaran yang dilakukannya berjaya sehinggalah majlis tersebut selesai.

Lelaki sebak, sempat bertemu dengan ibu bapa bekas kekasihnya

Tambah lelaki ini, antara momen yang paling sebak semasa berada majlis tersebut adalah ketika bertemu dengan ibu dan bapa pengantin perempuan terbabit.

“Paling tak kuat masa ni. KIta dah macam family sendiri selama ni, maaf datang dengan cara macam ni. Terima lah hadiah perkahwinan yang tak seberapa ini.”

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut berasa sedih melihat nasib lelaki terbabit selain memanjatkan doa agar dia terus diberi ketabahan dan dipertemukan dengan jodoh yang sesuai.

Tidak hanya itu, segelintir netizen juga dilihat turut berkongsi pengalaman sama yang dilalui mereka bersama bekas pasangan dahulu.

Lelaki menyamar pakai maskot 'Ninja Turtles' hadir di majlis kahwin bekas kekasih

Baca Lagi:
Jika tak setuju, pergi hantar memorandum kepada Sultan Terengganu, Anwar tegur Hadi
Syamsul Yusof enggan ceraikan Puteri Sarah
Mayat wanita ditemui dalam kereta myvi yang hanyut dibawa arus banjir