Lelaki meninggal dunia ketika pembedahan ubah bentuk ‘senyuman’

Photo of author

By Syima Iza

Seorang lelaki meninggal dunia semasa menjalani pembedahan untuk mengubah bentuk ‘senyuman’ menjelang perkahwinannya minggu lalu, lapor NDTV.

Polis berkata, mangsa, Laxmi Narayana Vinjam, 28, meninggal dunia ketika menjalani prosedur itu di Klinik Pergigian Antarabangsa FMS di sini, pada 16 Februari lalu.

Bapa kepada Laxmi Narayana Vinjam, Ramulu Vinjam mendakwa, anaknya meninggal dunia akibat dos bius yang berlebihan.

Lelaki meninggal dunia ketika pembedahan ubah bentuk 'senyuman'

Menurutnya, selepas anaknya pengsan semasa pembedahan, kakitangan menghubunginya dan memintanya datang ke klinik.

“Kami bergegas membawanya ke hospital berhampiran, di mana doktor mengisytiharkan dia sudah meninggal dunia.

“Dia tidak mempunyai masalah kesihatan, doktor bertanggungjawab atas kematiannya,” katanya.

Pegawai balai polis tempatan, K Venkateshwar Reddy berkata, Laxmi Narayana datang ke klinik itu pada 2.30 petang, 16 Februari lalu.

“Kira-kira 4.30 petang, dia dibawa ke dewan bedah dan prosedur berjalan hampir dua jam. Sekitar 7 malam, mereka menghubungi bapanya dan dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Apollo di Jubilee Hills, di mana dia disahkan meninggal dunia,” katanya.

Laxmi Narayana bakal berkahwin pada bulan depan.

Kes jenayah difailkan terhadap klinik itu kerana kecuaian.

Menerusi laman web FMS International, ia mendakwa sebagai klinik pergigian paling banyak dianugerahkan di India sejak 2017, dengan lebih daripada 55 anugerah.

Baca Juga:
Bimbang tercurang, Hafiz Mahamad minta isteri sentiasa periksa telefon
‘”Aku memang benci tahap langit, tak akan maafkan dia’” – Gadis trauma, abang ipar intai tengah mandi pukul 11 malam
Jangan sayang buang cili kering berkulat, boleh undang bahaya risiko hati rosak, kanser hempedu!