Lelaki menghabiskan wang simpanannya RM88,560 bina rumah bentuk ‘pesawat’ atas sawah padi

Lelaki menghabiskan wang simpanannya RM88,560 bina rumah bentuk ‘pesawat’ atas sawah padi

Lelaki menghabiskan wang simpanannya RM88,560 bina rumah bentuk ‘pesawat’ atas sawah padi. Seorang lelaki Kemboja yang fanatik kepada kapal terbang Kemboja membina rumahnya berbentuk pesawat peribadi, walaupun hakikatnya dia tidak menaiki pesawat.

Pekerja pembinaan Chrach Peou menghabiskan wang simpanannya sebanyak AS$20,000 (RM88,560) untuk membina ‘pesawat’ konkrit yang lengkap dengan sayap, sirip ekor, gear pendaratan dan enjin berhampiran bandar Siem Reap, pintu masuk destinasi terkenal, kompleks kuil Angkor Wat.

Bapa tunggal kepada tiga anak berusia 43 tahun itu berkata, dia mengambil masa hampir setahun untuk membina pesawat berkenaan dengan menggunakan wang yang simpanan selama 30 tahun.

Lelaki menghabiskan wang simpanannya RM88,560 bina rumah bentuk 'pesawat' atas sawah padi

“Ini adalah impian saya sejak kecil, jadi saya gembira dapat mencapai matlamat saya,” kata Peou.

Kediamannya itu mempunyai dua bilik tidur dan dua bilik air itu dibina bertingkat di atas tiang setinggi enam meter di atas sawah.

“Kami boleh tinggal, tidur serta menggunakan bilik mandi di sini dan makan seperti dalam kapal terbang.

“Ia milik saya sendiri, saya sangat gembira,” kata Peou kepada AFP.

Katanya, dia mereka bentuk rumah itu selepas menonton video pesawat peribadi yang tidak terkira banyaknya di internet.

Dia mengenakan bayaran AS$0.50 hingga AS$1 (RM 2.21 hingga RM 4.43) kepada orang ramai yang melawat dan mengambil swafoto di tepi rumahnya.

“Ia cantik, menarik, ada pokok palma berhampirannya,” kata Kim Muoy, 28, memberitahu AFP ketika rumah kapal terbang itu bersama keluarganya.

Namun, Peou bermimpi untuk terbang secara nyata suatu hari nanti.

“Apabila saya ada wang dan tahu ke mana saya mahu pergi, saya akan menaiki kapal terbang untuk ke sana,” katanya.

Baca Lagi:
Sepasang kekasih dicekup berkhalwat di hotel beri alasan main video game
Nak kahwin dua? Ini 5 alasan logik yang boleh diterima isteri
Anwar berbuka puasa bersama 200 rakyat Malaysia di Jeddah
CATEGORIES