Lelaki mengaku buat hubungan sulit dengan ibu mertua sebab jatuh cinta

Lelaki mengaku buat hubungan sulit dengan ibu mertua sebab jatuh cinta

Pelik tapi benar, di India seorang lelaki jatuh cinta dan akhirnya mengahwini ibu mentuanya.

Lebih mengejutkan, perkahwinan mereka itu dikatakan mendapat restu daripada bapa mentua lelaki berkenaan.

Kisah ini bermula selepas kematian isteri Sikandar Yadav yang menyebabkan bapa kepada dua anak itu berpindah ke rumah mentuanya di kampung Heer Moti di Bihar.

Lelaki mengaku buat hubungan sulit dengan ibu mertua sebab jatuh cinta

Lama kelamaan, timbul perasaan sayang antara Sikandar yang berusia 45 tahun dan ibu mentuanya, Geeta, 55, namun hubungan itu disembunyikan mereka berdua. Apabila khabar angin mengenai hubungan sulit mereka mula tersebar di seluruh kampung, suami Geeta, Dileshwar, menjadi semakin curiga.

Pada suatu hari, Dileshwar menangkap pasangan kekasih itu dalam pelukan romantis, sekali gus mengesahkan andaiannya.

Berang dengan apa yang dilihat, Dileshwar membawa perkara berkenaan kepada perhatian Panchayat iaitu majlis jawatankuasa kampung bagi menuntut perkara itu diselesaikan.

Selepas mendengar cerita Dileshwar, Panchayat memanggil Sikandar untuk mendengar versinya.

Apa yang mengejutkan, Sikandar secara terbuka mengakui hubungan sulit itu dengan alasan sudah jatuh cinta terhadap ibu mentuanya.

Selepas Geeta mengakui cintanya kepada Sikandar, Panchayat bersetuju untuk merasmikan hubungan mereka dengan melangsungkan perkahwinan mereka.

Dileshwar turut berubah hati selepas melihat mereka mengaku saling menyayangi antara satu sama lain dan membantu mengatur majlis perkahwinan mereka.

Baca Juga:
Lelaki maut selepas kemaluan hampir putus dipotong teman wanita
Tular wanita warga emas jual buah potong naik basikal, ramai sebak siap tanya lokasi
Selepas bercerai Datuk Red berumah di dalam kereta
CATEGORIES