Lelaki menangis sedih apabila diketawakan disaat gerai terbakar

Lelaki menangis sedih apabila diketawakan disaat gerai terbakar

Lelaki menangis sedih apabila diketawakan disaat gerai terbakar. Jelas peniaga itu yang dikenali sebagai Muhammad Taufik, dia sedar dia mempunyai dosa yang banyak namun tidak mengerti mengapa terdapat individu yang sanggup mentertawakannya di saat dia sedang diduga.

Sudah menjadi adat apabila berniaga pasti ada naik dan turunnya. Namun sebagai peniaga sudah tentu mereka sedar mengenainya dan sabar dalam menghadapi setiap dugaan mendatang.

Meskipun adakalanya dugaan yang ditempuh itu berat namun tetap diharungi juga kerana memikirkan tanggungjawab yang perlu dipikul.

Lelaki menangis sedih apabila diketawakan disaat gerai terbakar

Inilah apa yang dilalui oleh seorang peniaga ini, apabila dia tidak dapat menahan rasa sedihnya dan kemudian menangis selepas kecewa kerana ditertawakan di saat dirinya sedang diuji ketika mencari rezeki.

Lelaki menangis sedih apabila diketawakan disaat gerai terbakar

Menerusi video yang dikongsikan oleh Taukeylu di TikTok, pada awalnya peniaga ini menunjukkan insiden kebakaran yang berlaku di gerainya di sebuah tapak bazaar Taman Cempaka dipercayai di Melaka.

Peniaga itu kemudian menyatakan terdapat satu perkara telah berlaku ke atas dirinya, sebelum menangis sambil menyoal mengapa di saat dia diduga ada pula individu yang mentertawakannya.

Hanya peniaga pasar malam yang mencari rezeki buat keluarga
Kata lelaki itu atau nama penuhnya Muhammaf Taufik, dia hanyalah seorang peniaga pasar malam dan tidak menganggu sesiapa dan hanya mencari rezeki untuk diberikan kepada keluarga tercinta.

“Ada sesuatu yang telah berlaku ke atas diriku, ia aku tahu aku jahil, aku banyak dosa dengan tuhan.. tapi disaat aku jatuh kenapa orang keliling ketawakan aku.

@taukeylu #taukeypasarmalam ♬ Piano, sad, touching, majestic, nature, movie – arachang

“Aku penat… aku tak kacau orang pun, aku cuma cari rezeki untuk keluarga aku yang tak senang. Aku orang biasa. Bapak aku kontraktor berjaya. Aku berniaga pasar malam,” katanya.

Ujar pemuda berusia 30 tahun itu dia juga ingin mengingatkan kepada orang ramai agar tidak mentertawakan orang lain di saat mereka sedang diuji dengan kesusahan.

Punca terbakar disebabkan hos dapur gas yang digunakan bocor
Isteri kepada peniaga tersebut, Nur Shahila, 30, turut menjelaskan situasi sebenar yang berlaku ketika kejadian sehingga membuatkan suaminya itu menangis.

Katanya kebakaran itu berlaku disebabkan hos dapur gas yang digunakan untuk memasak bocor. Apa yang mengecewakan ketika api marak hanya terdapat seorang peniaga sahaja yang membantu Taufik untuk memadamkan api tersebut.

“Masa api sedang marak, ada seorang peniaga lain datang untuk tolong dia dan cuba padamkan api yang hampir ‘menjilat’ dirinya dan orang yang tolong itu.

“Suami beranikan diri untuk tarik tong gas ke belakang gerai kami supaya api tu tak terus bakar keseluruhan gerai. Dia menggunakan kain yang ada dekat gerai kami. Dia basahkan guna air longkang besar dekat belakang bazar tu untuk padam bahagian terbakar.

“Dia tak boleh buat apa hanya mampu tunggu sehingga api terpadam sendiri,” jelasnya ketika dihubungi mStar.

Alami kerugian, rakan baik datang bantu ganti barang rosak

Wanita yang mesra dipanggil Syela itu turut menyatakan disebabkan kejadian itu, suaminya mengalami kerugian pada jumlah yang kecil selain terdapat barang berniaga yang rosak.

Mungkin kasihan dengan apa yang berlaku, isterinya menyatakan terdapat seorang rakan baik suaminya yang sudi membantu apabila dia menggantikan peralatan rosak dengan yang baharu agar perniagaan pada hari itu dapat dijalankan untuk menjual Nasi Ayam Penyet dan Nasi Tomato.

“Nasib baik kebakaran tu tak rosakkan semua barang perniagaan kami. Hanya tanda harga, plastik bungkusan, alas meja dan dua helai bunting besar terbakar.

“Selepas kebakaran terpadam sendiri, dalam jam 5.45 ada kawan baik suami datang. Dia seorang polis bantuan bahagian Melaka Tengah. Dia kasihan tengok suami petang tu jadi dia cuba tolong kami.

“Amirul cuba cari alat ganti hos dan gas baharu untuk kami walaupun dah petang. Ada sisa lebih kurang sejam saja lagi untuk kami berniaga. Hampir separuh dari jualan kami tak terjual masa tu sebab kebakaran,” ceritanya lagi.

Tak ada orang datang membantu kecuali seorang individu tak dikenali
Menurutnya ketika insiden berlaku tidak ada sesiapa yang datang membantu suaminya kecuali individu yang tidak dikenali oleh mereka itu.

Jelasnya, suaminya sangat terkesan dan sedih dengan kejadian tersebut sehingga membuatkannya merakamkan video yang dimuat naik di TikTok dan kemudian menjadi sohor di media sosial.

Ujarnya jika diikutkan mereka tidak mahu berniaga selepas insiden yang berlaku kerana berasa sangat sedih namun perniagaan perlu diteruskan juga.

“Lepas habis berniaga baru rasa sedih tu datang bila teringat orang sekeliling yang ketawakan kami. Mereka tak ambil peduli pun tengok keadaan suami kelam kabut masa tu. Saya tak tahu kenapa mereka tergamaka tengok kesusahan orang lain macam tu,” jelasnya lagi.

Syela dalam masa sama, turut berharap agar perkara yang berlaku kepada mereka itu tidak dirasai oleh orang lain selain mahukan semangat suminya kembali agar dapat menjalankan perniagaan seperti biasa dan tidak putus asa dengan perkara yang terjadi.

Melihat di ruangan komen, ramai yang memberikan lelaki itu kata-kata semangat agar bersabar dengan dugaan yang datang.

“Terus semangat dik.. Awak boleh berjaya.. Insha-Allah semoga dipermudahkan urusan awak dik”

Lelaki menangis sedih apabila diketawakan disaat gerai terbakar

Baca Lagi:
LIMA23: Sanusi tetap mahu hadir walaupun tak dijemput, beli meja lipat, bawa teropong duduk tepi pagar
Selalu tengok rakan lain dilawati mak ayah, 2 pelajar anak yatim piatu menangis ada insan sudi melawat di asrama
Tragis! Isteri maut dibelasah suami dengan tukul besi disyaki akibat cemburu
CATEGORIES