Lelaki melukis hanya guna lidah

Lelaki melukis hanya guna lidah

Lelaki melukis hanya guna lidah. Seorang lelaki dari California tampil dengan cara kreatif apabila menghasilkan karya lukisan dengan hanya menggunakan lidahnya.

Nick Stoeberl memegang gelaran rekod dunia sebagai lelaki mempunyai lidah terpanjang di dunia pada tahun 2012.

Lapor portal UPI.com, Stoeberl yang memiliki lidah sepanjang 10.08 sentimeter (cm) menghasilkan lukisan cat pada kanvas.

Lelaki melukis hanya guna lidah

Stoeberl menunjukkan kemahiran luar biasa itu dalam satu temubual di rancangan This Morning yang disiarkan di ITV.

Dalam rancangan itu, Stoeberl menunjukkan kepada pengacara Phillip Schofield dan Holly Willoughby mengenai cara dia menggunakan lidahnya ketika menghasilkan karya lukisan.

“Dia membalut lidahnya dengan plastik sebelum mencelupkannya dalam cat berwarna dan menghasilkan lukisan pada kanvas,” jelas laporan itu.

Sementara itu, Stoeberl berkata, dia turut dikenali dengan jolokan `Lickasso’ disebabkan kaedah lukisannya yang luar biasa.

Malah, katanya, karya lukisan menggunakan lidahnya berjaya dijual sehingga AS$1,200 (RM5,326).

Caption pixs: NICK Stoeberl menghasilkan karya lukisan dengan menggunakan lidahnya.

Baca Lagi:
Suami askar kaki hutang, isteri hamil menangis luah perasaan di radio baki gaji selalu negatif
Rumahtangga musnah kerana terlalu mengejar syurga ibu
Tular video samseng naik BMW halang, tahan bas
CATEGORIES