Lelaki maut perut terburai bom meletup ketika ceroboh bangunan sarang burung walet

Lelaki maut perut terburai bom meletup ketika ceroboh bangunan sarang burung walet

Lelaki maut perut terburai bom meletup ketika ceroboh bangunan sarang burung walet.

Seorang bekas kontraktor binaan dijumpai maut dengan perut terburai selepas bom tangan buatannya sendiri meletup ketika cuba menceroboh bangunan sarang burung walet di Kampung Pemberian, Manek Urai di sini hari ini.

Lelaki berusia dalam lingkungan 60-an itu ditemukan meninggal dunia kira-kira pukul 8.25 pagi selepas polis menerima maklumat bunyi letupan di kawasan tersebut.

Lelaki maut perut terburai bom meletup ketika ceroboh bangunan sarang burung walet

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan mendapati, mangsa masuk ke kawasan tersebut dengan memotong pagar di bahagian belakang bangunan itu.

Menurutnya, lelaki itu mengeluarkan objek disyaki bom tangan buatan sendiri bagi meletupkan pintu hadapan bangunan sarang burung walet sebelum ia tiba-tiba meletup.

“Siasatan awal mendapati, mangsa merupakan bekas kontraktor binaan yang diupah oleh pemilik bangunan sarang burung tersebut.

“Bagaimanapun, terdapat pertikaian hutang apabila pemilik bangunan tersebut masih belum menjelaskan bayaran upah kepada mangsa sehingga menyebabkan dia tidak berpuas hati dengan situasi itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, lelaki itu dijumpai dalam keadaan terbaring dengan perutnya terburai di tempat kejadian.

Menurutnya, selain itu, lima unit bom buatan sendiri iaitu tiga bom jenis besi dan dua unit bom jenis polivinil klorida (PVC).

“Satu bom jenis besi telah meletup dan terkena mangsa. Mayat lelaki itu dibawa ke Unit Forensik, Hospital Sultan Ismail Petra di sini untuk proses bedah siasat,” ujarnya.

Tambah Muhamad Zaki, kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

Baca Juga:
Ramai yang tak tahu cara sebenar hilangkan hitam di papan pemotong
Ibu, anak umur 7 tahun ditemui lemas dalam kolam
Wanita ditemui mati dalam kereta di R&R Kundang
CATEGORIES