Lelaki maut kemaluan terputus selepas terkena bilah mesin pemotong rumput

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki maut kemaluan terputus selepas terkena bilah mesin pemotong rumput.

Seorang lelaki di Thailand maut selepas bilah mesin pemotong rumput terkena pada kemaluannya, mengakibatkan alat sulit itu terputus, lapor laman berita Thaiger.

Anggota Balai Polis Mueang Nong Bua Lamphu dikejarkan ke lokasi kejadian di sebuah taman rimba di wilayah Isaan sejurus menerima laporan semalam.

Lelaki maut kemaluan terputus selepas terkena bilah mesin pemotong rumput

Mereka menemui mayat Praditsin Chuypad, 39, dalam keadaan seluarnya berlumuran darah. Turut ditemui berhampiran mayatnya adalah bilah pemotong logam yang patah.

Pemeriksaan polis mendapati kemaluan Praditsin terputus. Kesan luka dalam turut ditemui pada pangkal paha kirinya.

Kecederaan serius itu menyebabkan arterinya putus dengan mangsa kehilangan banyak darah sebelum meninggal dunia.

Polis kemudian menemui bahagian bilah yang patah dan berlumuran darah. Mereka percaya bilah itu patah selepas terkena kemaluan Praditsin.

Menurut penjaga taman, Waen Visetsakda, mangsa diupah oleh pemilik taman rimba itu untuk membersihkan kawasan yang berumput.

Dia turut mendedahkan bahawa Praditsin memilih menggunakan bilah besi yang lebih besar kerana percaya kerjanya akan selesai dengan lebih cepat.

Baca Lagi:
Cebisan mayat ditemui dalam kapal selam Titan yang meletup
Hamil anak teman lelaki, ex- gilfriend mesej ajak kahwin minta jadi ‘pak sanggup’
5 sebab kenapa segelintir warga Singapura pandang rendah Malaysia