Lelaki maut kaki digilis tren di landasan LRT Stesen Dato’ Keramat

Lelaki maut kaki digilis tren di landasan LRT Stesen Dato’ Keramat

Lelaki maut kaki digilis tren di landasan LRT Stesen Dato’ Keramat.

Seorang lelaki maut dengan kedua-dua kakinya digilis tren selepas terjatuh di landasan di stesen transit aliran ringan (LRT) Dato Keramat, di sini, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 9.05 malam tadi.

Lelaki maut kaki digilis tren di landasan LRT Stesen Dato' Keramat

“Seramai lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keramat dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami dimaklumkan terdapat seorang lelaki berusia 27 tahun terjatuh di landasan LRT berkenaan.
“Kejadian itu menyebabkan kedua-dua kaki mangsa digilis tren dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, tindakan operasi dilakukan dengan mendapatkan bantuan daripada pihak teknikal LRT terbabit bagi menggerakkan tren ke bahagian belakang.

“Ia bagi memudahkan anggota bomba mengeluarkan mangsa dari landasan LRT. Mayat mangsa berjaya dibawa ke platform LRT beberapa minit kemudian,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali kepada perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya memaklumkan kejadian menyebabkan berlaku gangguan di landasan berkenaan.

“Kejadian jam 8.50 malam itu membabitkan seorang pengguna lelaki. Susulan kejadian itu, sistem kecemasan diaktifkan serta-merta menyebabkan tren berhenti lama di landasan.
“Pihak polis, bomba dan pasukan ambulans turut berada di lokasi kejadian. Akibat kejadian itu, jadual perjalanan LRT Laluan Kelana Jaya terjejas dan menyebabkan waktu menunggu lebih lama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, perkhidmatan rel alternatif termasuk bas sokongan diaktifkan bagi menyokong operasi.

“Pihak Rapid Rail akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyiasat kejadian terbabit.
“Kami memohon maaf kepada semua penumpang terjejas akibat kejadian itu dan kelewatan perjalanan yang berlaku pada malam tadi,” katanya.
Baca Lagi:
“Bukan cakap kosong, sudah ada perbincangan dalaman” – Ahli Majlis Tertinggi Bersatu dakwa lebih 10 MP kerajaan bakal sokong PN
‘Ustaz’ buat kenyataan fitnah, ugutan terhadap PM dicekup polis
‘Kampung 1,000 kubur’ setiap yang meninggal di kampung ini akan dikuburkan di belakang atau di depan rumah
CATEGORIES