Lelaki maut akibat lemas selepas jatuh perigi ketika ambil wuduk

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki maut akibat lemas selepas jatuh perigi ketika ambil wuduk.

Seorang lelaki berusia 64 tahun dilaporkan maut akibat lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi di Kampung Tasek Bakong, Rantau Panjang, Kelantan pada pagi tadi.

Menurut laporan Buletin TV3, mangsa, Bahrom Ismail, dipercayai sedang hendak mengambil wuduk di perigi tersebut sekitar jam 6.30 pagi untuk menunaikan solat Subuh.

Lelaki maut akibat lemas selepas jatuh perigi ketika ambil wuduk

Kejadian itu hanya disedari oleh anak mangsa yang kemudian cuba menghulurkan tali ke dalam perigi untuk menyelamatkan bapanya.
Walau bagaimanapun, bantuan itu tidak berjaya kerana mangsa terus tenggelam.

Menurut anak mangsa, bapanya keluar pada waktu pagi untuk menoreh getah dan dia selalu berwuduk di perigi itu untuk solat Subuh.

Jiran mangsa, Mohd Shamsudin, kemudiannya menghubungi pihak bomba selepas mengetahui kejadian tersebut.

Difahamkan, mangsa yang lemas akhirnya dibawa keluar dari perigi yang sedalam lebih lima meter itu oleh pihak bomba yang tiba tidak lama selepas itu.

Mangsa walau bagaimanapun disahkan meninggal dunia.

Sama-sama kita doakan agar keluarga mangsa tetap kuat dan tabah menghadapi ujian ini.

Baca Lagi:
Pekerja 7-Eleven sambut harijadi gadis depan kaunter selepas dapat tahu perkara yang menyentuh hati…
Pelajar vokasional mengamuk tikam 8 rakan hingga maut dan 17 cedera selepas gagal dalam peperiksaan
Ini sebab kenapa Tun Daim namakan ‘Menara Ilham’ yang ramai tak tahu